Pelicinan analisis data fungsian terhadap data biomekanik ketepatan tembakan (Functional data analysis smoothing on biomechanics shooting accuracy data)

Proses pelicinan adalah mandatori terhadap data yang dijana menggunakan peralatan mekanikal bagi membuang hingar. Kajian ini membentangkan ujian pelicinan ke atas data biomekanikal dengan menggunakan analisis data fungsian (ADF) yang merupakan suatu kaedah baharu dalam bidang statistik yang menganal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Rozita Wan Din,, Azmin Sham Rambely,, Abdul Aziz Jemain,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5925/
http://pkukmweb.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pelicinan adalah mandatori terhadap data yang dijana menggunakan peralatan mekanikal bagi membuang hingar. Kajian ini membentangkan ujian pelicinan ke atas data biomekanikal dengan menggunakan analisis data fungsian (ADF) yang merupakan suatu kaedah baharu dalam bidang statistik yang menganalisis data dalam bentuk fungsian. ADF juga memberi beberapa pembaharuan tambahan dari segi pelicinan data, pelarasan lengkung dan teknik analisis terbitan di samping kaedah analisis berstatistik biasa. Data ketepatan tembakan menggunakan rifel M16 diperoleh daripada sepuluh subjek tentera berumur 31 ± 6.2 tahun dengan berat badan 71.6 ± 10.4 kg dan ketinggian 166.3 ± 5.9 cm melalui peralatan analisis gerakan Vicon yang terdiri daripada tujuh kamera dan 39 penanda inframerah yang dilekatkan pada sendi utama badan. Beberapa ujian pelicinan melalui kaedah ADF dibentangkan bagi menetapkan parameter terbaik yang seterusnya dipilih terhadap data biomekanik ketepatan tembakan. Parameter terbaik bagi data biomekanik ketepatan menembak adalah dengan menggunakan modul pelicinan kembangan splin-B kuintik dengan menetapkan penalti kekasaran pada terbitan keempat dan jumlah pelicinan bersamaan dengan 1e-12. ADF terbukti sebagai satu daripada kaedah yang dapat melicinkan data biomekanik dengan sangat baik dan membolehkan data digunakan untuk analisis seterusnya