Penerimaan amil dan asnaf terhadap penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia.
Penyetempatan (localized)pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized)kuasa mengagih dan memungut zakat kepada amil mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan oleh institusi zakat adalah bergantung kepada penerimaan amil sebagai pelaksan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5829/ http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jem.htm |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyetempatan (localized)pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized)kuasa mengagih dan memungut zakat kepada amil mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan oleh institusi zakat adalah bergantung kepada penerimaan amil sebagai pelaksana dan asnaf sebagai penerima akhir perkhidmatan zakat. Kajian ini bertujuan menilai sama ada amil dan asnaf bersetuju menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat dan seterusnya menyelidiki apakah alasan penerimaan atau penolakan mereka terhadap langkah tersebut. Kajian menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA) dan seterusnya regresi logistik. Kajian mendapati secara umumnya amil dan asnaf menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat. Pemboleh ubah pengagihan zakat didapati bergantung secara signifikan kepada tiga pemboleh ubah utama iaitu politik dan perhubungan, asnaf mudah dikenali dan ketelusan; dan kepercayan terhadap sistem dan institusi. Ini bermakna majoriti responden menerima konsep penyetempatan dan dijangkakan konsep ini akan meningkatkan kecekapan sistem pengagihan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar dikemukakan dalam kajian ini. |
---|