Globalisasi industri perikanan: dampak terhadap komuniti nelayan lokal di pesisiran pantai Kota Makassar, Indonesia
Industri perikanan telah memberi kesan kepada pendapatan isi rumah dan pola interaksi sosial di kawasan pesisir pantai Kota Makassar. Makalah ini mempunyai dua tujuan, pertama untuk membincangkan pembangunan industri perikanan makro dan kaitannya dengan isu kemunduran dalam kalangan masyarakat ne...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5662/1/18.geografia-okt%25202012-sudarmono%2520%2520et%2520al-melayu-kat1.pdf http://journalarticle.ukm.my/5662/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Industri perikanan telah memberi kesan kepada pendapatan isi rumah dan pola interaksi sosial di kawasan
pesisir pantai Kota Makassar. Makalah ini mempunyai dua tujuan, pertama untuk membincangkan
pembangunan industri perikanan makro dan kaitannya dengan isu kemunduran dalam kalangan masyarakat
nelayan di pesisir Kota Makassar, Indonesia; kedua, memeriksa faktor ekonomi yang mempengaruhi proses
pembuatan keputusan dalam kalangan pengeluar, khususnya tentang pasaran eksport ikan dan kesannya ke atas
pendapatan nelayan skala kecil. Kedua-dua data primer dan sekunder yang digunakan dalam kajian ini
diperolehi melalui kajian luar yang dilakukan di Kota Makassar. Analisis kajian ini mendapati bahawa struktur
sosial yang terbentuk dalam kalangan nelayan dan para pengusaha industri perikanan di Kota Makassar telah
meletakkan nelayan skala kecil di kedudukan paling rendah dalam proses pengeluaran perikanan. Sedangkan,
orang tengah yang mempunyai akses dan kuasa ke atas saluran pemasaran dianggap sebagai patron bagi industri
perikanan di sini dan lazimnya menduduki status sosial yang tinggi. Tambahan pula, globalisasi telah
meninggalkan impak dan melebarkan jurang lagi ketaksamaan sosial dan ekonomi industri tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa pembangunan industri perikanan di keseluruhan masyarakat nelayan di Kota Makassar
masih dalam keadaan terencat. |
---|