Konsep wanua dan palili di konfederasi ajatappareng di Sulawesi Selatan

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep wanua dan palili dalam struktur kerajaan-kerajaan yang tergabung dalam Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan. Wanua dan palili adalah dua istilah yang digunakan oleh kerajaan pusat terhadap daerah bawahannya. Persoalannya, mengapa ada daera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Latif,, Nordin Hussin,, Rahilah Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5654/1/10.geografia-okt%25202012-abd%2520latif-melayu-am.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5654/
http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep wanua dan palili dalam struktur kerajaan-kerajaan yang tergabung dalam Konfederasi Ajatappareng di Sulawesi Selatan. Wanua dan palili adalah dua istilah yang digunakan oleh kerajaan pusat terhadap daerah bawahannya. Persoalannya, mengapa ada daerah bawahan yang disebut wanua dan yang lainnya disebut palili. Apakah kriteria yang mesti dimiliki oleh satu daerah untuk dikategorikan sebagai wanua dan apakah pula kriteria yang mesti dipunyai oleh satu daerah untuk dikategorikan sebagai palili. Adakah kedua-dua istilah ini mempunyai impak secara signifikan terhadap hubungan kekuasaan antara daerah dengan kerajaan pusat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanua adalah sebuah konsep tentang geografik yang penduduknya mempunyai hubungan saudara mara yang sangat rapat dengan lingkungan wanua. Bagi mengelakkan dari ditakluki oleh kerajaan yang kuat, maka beberapa wanua yang berjiran bersepakat bergabung untuk menubuhkan satu kerajaan. Sebaliknya, palili adalah sebuah konsep tentang hubungan kekuasaan antara kerajaan pusat dengan semua wanua di bawahnya. Semua wanua yang mula-mula bergabung menubuhkan kerajaan disebut palili passeajingeng. Kertas keraja ini akan membincangkan lebih mendalam tentang konsep wanua dan palili di Konfederasi Ajatappareng seperti palili passeajingeng, palili bassi dan palili napanoq rakkalana.