Majlis Belia Malaysia: Quo vadis transformasi era semasa
Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga dikenali sebagai Majlis Belia Kebangsaan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang suaranya diiktiraf bagi mewakili generasi belia di Malaysia. MBM dirangka agar dapat berfungsi sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dalam menyelar...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5646/1/2.geografia-okt%2520%25202012-dzulhaimi-melayu-kat.pdf http://journalarticle.ukm.my/5646/ http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga dikenali sebagai Majlis Belia Kebangsaan merupakan badan bukan
kerajaan (NGO) yang suaranya diiktiraf bagi mewakili generasi belia di Malaysia. MBM dirangka agar dapat
berfungsi sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dalam menyelaras semua
pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya. Penubuhan MBM di bawah Peruntukan Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 bertujuan bagi menggalak dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan
yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara, merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama,
persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang, dan
memupuk sikap bertanggungjawab, patriotisme dan kesukarelawanan dalam kalangan pertubuhan belia. Namun,
apakah MBM pada saat ini telah menjelma dalam erti kata sebenar iaitu sebagai pemangkin pembangunan belia di
Malaysia secara holistik? Menggunakan maklumat sekunder makalah ini bertujuan untuk membuat penilaian awal
tentang status MBM dalam memainkan peranan seperti yang digalurkan. Apakah kehadiran MBM telah dirasai oleh
generasi belia di Malaysia secara keseluruhan? Di dalam mendahulukan kepentingan belia di Malaysia, apakah
“hubungan istimewa” MBM dengan generasi belia pada saat ini boleh dianggap melebihi “hubungan istimewa”
dengan pihak ketiga sehingga MBM dianggap dekat di hati belia dan integritinya tidak dipersoalkan sama sekali?
Penilaian awal ini menunjukkan bahawa MBM cenderung untuk terikat dengan perancangan bersifat dari atas ke
bawah. Dalam perancangan seperti ini matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu keputusan banyak ditentukan oleh
pihak pemerintah. Lebih malang lagi, MBM dilihat tidak lebih daripada penyediaan gelanggang pendakian
pemimpin politik yang bakal ditonjolkan pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini membuka ruang perbincangan
tentang isu belia dari sudut yang pelbagai demi membina keupayaan generasi tersebut pada masa hadapan. |
---|