Kesertaan digital dan kelestarian telecenter pelbagai fungsi di Indonesia dan Malaysia

Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk penduduk desa mendapat maklumat dan ilmu. Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosioekonomi antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter meru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jalaluddin Abdul Malek,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5609/1/15.geografia-sept%25202012-jalaluddin-si-ppspp-ed%2520am2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5609/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Telecenter bermaksud satu premis yang menjadi pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk penduduk desa mendapat maklumat dan ilmu. Peranan telecenter ialah untuk merapatkan jurang digital dan jurang sosioekonomi antara penduduk desa dan bandar. Ini bermakna faedah makronya telecenter merupakan pusat `membandarkan desa melalui reruang siber’. Berdasarkan faedah tersebut, pembangunan telecenter perlu dilihat lebih luas peranannya dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’. Pembangunan telecenter seperti mana yang difahami sebelum ini hanya untuk mendedahkan penduduk desa dengan kemahiran ICT dan internet. Telecenter pada abad ke 21 di desa-desa perlu berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk desa. Ini kerana peranan telecenter abad ke 21 lebih luas peranannya seperti membangun aspek politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial dan budaya, teknologi, pendidikan, serta undang-undang dan peraturan masyarakat desa. Ini bermakna peranan telecenter dalam `membandarkan desa melalui reruang siber’ bukan sekadar `telecenter’ yang difahami selama ini, tetapi lebih kepada pembangunan telecenter pelbagai fungsi (multipurpose telecenter - MTC). Pembangunan MTC merangkumi empat aspek utama. Pertama dari aspek infrastruktur dan perkhidmatan, kedua dari aspek pembangunan dan keusahawanan, ketiga dari aspek e-pembelajaran dan pembelajaran berterusan, dan yang terakhir dari aspek pembangunan industri perkhidmatan dan industri kreatif (quarnary sector). Persoalannya adakah MTC dapat memenuhi keempat-empat aspek tersebut ? Adakah MTC boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat berpengetahuan di Malaysia dan Indonesia khususnya di desa-desa ? Metodologi yang digunakan untuk melihat pencapaian pembangunan MTC ialah melakukan analisis diskriptif berdasarkan satu contoh pembangunan telecenter di Malaysia dan di Indonesia. Kemudiannya dibuat perbandingan berasaskan pencapaian MTC masing-masing.