Inequality dan perubahan persekitaran
Persekitaran sebagai habitat semula jadi dan habitat manusia, menyediakan segala keperluan manusia agar dapat mengembangkan seluruh kemampuannya untuk hidup dan bermasyarakat. Pertumbuhan populasi menekan kemampuan persekitaran sehingga terjadi keterbatasan dan kelangkaan dalam sumber pemenuhan kepe...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5492/1/Inequality_dan_perubahan_persekitaran.pdf http://journalarticle.ukm.my/5492/ http://www.sarionline.ukm.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persekitaran sebagai habitat semula jadi dan habitat manusia, menyediakan segala keperluan manusia agar dapat mengembangkan seluruh kemampuannya untuk hidup dan bermasyarakat. Pertumbuhan populasi menekan kemampuan persekitaran sehingga terjadi keterbatasan dan kelangkaan dalam sumber pemenuhan keperluan hidup. Persaingan yang
berlaku pada masyarakat manusia mengancam kelestarian persekitaran dan berakibat munculnya kondisi social inequality atau kesenjangan sosial, iaitu kesenjangan antara goals (cultural goals) dengan means (institutional means).
Berlaku kemudian sebuah fenomena sosiologis yang dinamakan sebagai anomi. Ancaman terhadap persekitaran tidak akan berlaku manakala tidak terjadi keterbatasan-keterbatasan pada sumber ekonomi manusia dan persaingan-persaingan untuk mendapatkannya. Sehingga di sini dapat dinyatakan bahawa perubahan-perubahan pada persekitaran sentiasa seiring
dengan terjadinya social inequality. Proses sosial yang akan menyertai fenomena ini ialah berlakunya pelbagai bentuk konflik, baik antara kumpulan dalam sebuah komuniti, antara komuniti, mahupun antara komuniti dengan kumpulan yang memiliki dominasi sosial ekonomi, atau yang disebut sebagai
orang berpengaruh. Sebahagian besar konflik sosial terjadi oleh sebab keterbatasan dan persaingan dalam sumber ekonomi masyarakat. Struktur sosial yang berfungsi sebagai landasan dalam tata perilaku ikut mengalami perubahan serta pergeseran akibat konflik dan persaingan. Kemampuannya
untuk mengatur dan mengawasi tidak sama lagi sebagaimana yang berlaku sebelumnya. Sehingga perlu digali dan dirumuskan kembali oleh komuniti dan masyarakat yang bersangkutan, perangkat sistem nilai lokal sebagai
bentuk kearifan lokal yang mampu mengatasi pelbagai perbezaan dan kesenjangan yang kerapkali melahirkan konflik berterusan |
---|