Fenomena sastera Islam di Indonesia

Dekad 1970an menyaksikan penjelmaan sastera Islam di Indonesia menjadi fenomena. Kerancakan perkembangannya itu antara lain disebabkan oleh kebangkitan Islam di seluruh dunia yang turut memberi kesan kepada umat Islam di negara tersebut. Jelas, dunia sastera tidak terkecuali daripada bahang kebangki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faizal Musa,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5486/1/Fenomena_sastera_Islam_di_Indonesia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5486/
http://www.sarionline.ukm.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dekad 1970an menyaksikan penjelmaan sastera Islam di Indonesia menjadi fenomena. Kerancakan perkembangannya itu antara lain disebabkan oleh kebangkitan Islam di seluruh dunia yang turut memberi kesan kepada umat Islam di negara tersebut. Jelas, dunia sastera tidak terkecuali daripada bahang kebangkitan ini. Di Indonesia, fenomena ini berlaku dengan penglibatan aktif badan-badan dakwah. Ia juga berlaku kerana sambutan hangat masyarakat, dan dukungan pihak berautoriti seperti institusi pesantren. Gejala sastera Islam ini dapat dikesan menerusi penerbitan karya sastera Islam, aktiviti sastera Islam serta perbahasan mengenai wacana sastera Islam. Fenomena sastera Islam di republik tersebut lebih banyak dirancakkan perbicaraan dan kegiatannya oleh badan-badan bukan kerajaan. Keadaan tersebut berlaku antara lain kerana terdapatnya perbezaan kaum dan agama yang besar di Indonesia. Ini tidak memungkinkan pihak pemerintah Indonesia untuk mempromosi agenda sastera Islam secara rasmi.