Pelaburan langsung asing di Kedah dan daya tarikan Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Kemunculan sektor industri moden di Malaysia berkait rapat dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (PLA). Selepas tahun 1968, apabila Akta Galakan Pelaburan diperkenalkan dengan tumpuan kepada pembangunan industri berorientasikan eksport, Zon Perdagangan Bebas (Zon Perindustrian Bebas) telah dib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norain Mat Lazim,, Nooriah Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5352/1/Akademika82%281%29%2520Bab%25204-L.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5352/
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan sektor industri moden di Malaysia berkait rapat dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (PLA). Selepas tahun 1968, apabila Akta Galakan Pelaburan diperkenalkan dengan tumpuan kepada pembangunan industri berorientasikan eksport, Zon Perdagangan Bebas (Zon Perindustrian Bebas) telah dibina di beberapa lokasi di negara ini untuk menarik pelaburan langsung asing. Pelaburan langsung asing telah memainkan peranan penting sejak lebih tiga dekad lalu dalam proses industrialisasi di negara ini. Namun, perkembangan industri ternyata mempamerkan pola yang tidak sama rata di atas ruang. Terdapat negeri yang sangat maju sementara ada negeri yang jauh ketinggalan dari segi aliran masuk pelaburan asing dan tahap perkembangan industri. Walaupun sebelum ini negeri Kedah dianggap sebagai wilayah pinggir yang dikenali sebagai 'Jelapang Padi Negara' kerana kurangnya pembangunan industri di negeri ini, namun selepas tahun 1990-an negeri ini mula memperlihatkan transisi yang memberangsangkan daripada wilayah yang kurang menerima pelaburan kepada negeri yang mula menerima aliran masuk pelaburan yang tinggi dalam sektor perindustrian pembuatan. Ini dilihat mempunyai kaitan yang rapat dengan strategi pembinaan taman teknologi tinggi Kulim sebagai satu mekanisme penting dalam usaha menarik pelaburan asing dalam aktiviti bernilai tinggi di negeri ini. Artikel ini menyusur galur pola dan trend pelaburan langsung asing dalam sektor perindustrian pembuatan di Kedah amnya dan Taman Teknologi Tinggi Kulim khususnya untuk menilai sejauh mana strategi pembinaan taman teknologi tinggi dan daya tarikan lokasi taman teknologi tinggi ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di negeri ini dan juga menilai cabaran pada masa hadapan.