Perspektif Guru j-Qaf terhadap Islam hadhari: kajian di Sekolah - sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor

Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi dalam st...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asrar Sidon, M, Badlihisham Mohd Nasir,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5328/1/makalah-v4n1-n1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5328/
http://www.ukm.my/jhadhari
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi dalam strategi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perspektif guru-guru Pendidikan Islam j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Islam Hadhari dari sudut konsepnya dan strategi mereka menyisipkan Konsep Islam Hadhari dalam perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari dalam amalan bilik darjah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian dokumen, temubual dan soal selidik. Responden dalam kajian terdiri daripada 81 orang guru j-QAF di sekolah kebangsaan terpilih Daerah Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian menunjukkan guru j-QAF mempunyai perspektif yang sederhana terhadap konsep Islam Hadhari; dan perspektif yang sederhana juga ditunjukkan pada Panduan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari. Bagaimanapun, perspektif mereka tinggi terhadap kebolehupayaan mereka menyisipkan konsep Islam Hadhari di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekalipun begitu, perspektif mereka terhadap respons murid sewaktu konsep Islam Hadhari disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah ditahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru j-QAF mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari.