Wanita sebagai objek seks: penanganannya dalam novel bila hujan malam
Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan. Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan (1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertangg...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4930/1/pp%2520539_553.pdf http://journalarticle.ukm.my/4930/ http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk
menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan.
Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan
(1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertanggungjawaban dan
akauntabiliti kepada Ilahi sebagai teras gagasan tersebut, di samping perbezaan penting
antara ‘ilmu/wacana’ dan ‘cerita’ yang menjadi penekanannya. Makalah ini
menyerlahkan “wanita sebagai objek seks” sebagai persepsi utama novel ini, yang
diterapkan melalui empat strategi penceritaan. Strategi tersebut ialah menggunakan aspek
tertentu teknik ‘asal mula yang tidak dijelaskan’, menjadikan perkosaan yang di luar
kuasa dan kesedaran wanita sebagai satu-satunya jenis hubungan seks yang ada,
menyediakan konteks kondusif bagi perkosaan dan sanggama, dan meniadakan peranan
lain bagi wanita selain sebagai objek seks. Makalah ini menyanggah dakwaan
bermutunya Bila hujan malam atas dasar novel tersebut mengangkat kejahatan sebagai
pengucapan seni yang wajar, di samping menjadikan wacana tidak relevan dalam
penstrukturannya. Dengan berbuat demikian, novel sekali gus menjadikan Bila hujan
malam karya yang berlegar semata-mata di tahap cerita dan membikin-cerita. Justeru,
makalah ini menyimpulkan bahawa novel Bila hujan malam tidak lebih daripada
sebuah karya picisan yang kontang dari segi isian intelektual dan mutu seni. |
---|