Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kaedah fonik pada peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Penelitian tertumpu kepada proses yang berlaku semasa pengajaran menggunakan kaedah fonik di dalam kelas. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan tiga orang guru dan 69 o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahya Othman,, Aisah Md.Daud,, Azmey Othman,, DK.Siti Ardiah PG.Mohiddin,, Maszuraimah Muizz Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4643/1/93-109%2520Yahya%2520et%2520al.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4643/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kaedah fonik pada peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Penelitian tertumpu kepada proses yang berlaku semasa pengajaran menggunakan kaedah fonik di dalam kelas. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini melibatkan tiga orang guru dan 69 orang murid sebagai responden kajian. Kajian dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap pengajaran tiga orang guru dan respons yang diberikan oleh murid-murid di dalam tiga buah kelas prasekolah di kawasan Brunei Muara. Tiga jenis alat kajian digunakan untuk tujuan pengumpulan data iaitu analisis dokumen, borang pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mengaplikasikan kaedah fonik dalam pengajaran membaca. Responden juga mampu mengajarkan membaca menggunakan kaedah fonik seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Brunei. Kaedah fonik ini juga didapati memberikan kesan positif terhadap prestasi pembelajaran murid terutamanya dari segi mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca. Selain itu, murid didapati lebih bermotivasi dan berminat untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan.