Bertani dalam bandar dan kesan-kesannya kepada komuniti tempatan dan persekitaran bandar: Kajian kes Jakarta Barat dan Tangerang, Indonesia (Urban farming and its impact on local communities and urban environment: A case study of West Jakarta and Tangerang, Indonesia)
Menjelang 2015, dianggarkan bahawa kira-kira 26 bandar raya di dunia akan mempunyai penduduk 10 juta atau lebih. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan fakta bahawa kini, sebanyak 250 juta orang yang hidup dalam kelaparan, tinggal di bandar-bandar di dunia. Untuk menampung keperluan bekalan makanan di...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4629/1/2_geografia-APR%25202012-ratna-uum-melayu-kat.pdf http://journalarticle.ukm.my/4629/ http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menjelang 2015, dianggarkan bahawa kira-kira 26 bandar raya di dunia akan mempunyai penduduk 10 juta atau
lebih. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan fakta bahawa kini, sebanyak 250 juta orang yang hidup dalam
kelaparan, tinggal di bandar-bandar di dunia. Untuk menampung keperluan bekalan makanan di bandar,
sekurang-kurangnya 6,000 tan makanan mesti diimport setiap hari. Pertanian bandar adalah jawapan untuk
mengatasi masalah ketakcukupan bekalan makanan. Makalah ini menilai persepsi petani Indonesia di Jakarta
Barat dan Tangerang, berkaitan prospek bertani dan kesannya terhadap komuniti tempatan dan persekitaran
bandar. Penilaian adalah berdasarkan respons 171 petani di Jakarta Barat dan Tangerang semasa kajian lapangan
dijalankan pada bulan Mac 2011. Kajian mendapati bahawa, secara amnya, bertani di kawasan bandar
mempunyai kelebihan yang tertentu dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dari aspek ekonomi,
pertanian di bandar dapat memastikan keselamatan makanan tempatan manakala petani boleh meningkatkan
simpanan kerana mereka tidak membelanjakan wang yang banyak pada makanan. Secara sosial, bertani di
bandar boleh mewujudkan pekerjaan baru, memberi kuasa kepada golongan miskin dan mengurangkan kadar
kemiskinan bandar. Dari aspek alam sekitar, menjalankan aktiviti pertanian di bandar dapat meningkatkan
ruang hijau yang berfungsi sebagai paru-paru bandar dan menyumbang kepada suasana bandar yang sihat dan
kelangsungan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti pertanian di bandar perlu
digalakkan bagi menampung peningkatan penduduk dan pembandaran |
---|