Penggunaan biomonitor multispesies air tawar dalam menilai perubahan kelakuan ikan gapi, poecilia reticulata dan udang air tawar, macrobrachium lanchesteri terhadap air larut resap dari tapak pelupusan sampah

Biomonitor Multispesies Air Tawar (MFB™) digunakan bagi mengukur dan menganalisis pelbagai kelakuan daripada pelbagai jenis organisma akuatik untuk memantau kualiti air dalam ekosistem air tawar. Isyarat gerak balas udang air tawar (Macrobrachium lanchesteri) dan ikan gapi (Poecilia reticulata) dika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul-Akhma, Z, Shuhaimi-Othman, M, Azmah, M
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4470/1/08%2520Z.Nurul.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4470/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biomonitor Multispesies Air Tawar (MFB™) digunakan bagi mengukur dan menganalisis pelbagai kelakuan daripada pelbagai jenis organisma akuatik untuk memantau kualiti air dalam ekosistem air tawar. Isyarat gerak balas udang air tawar (Macrobrachium lanchesteri) dan ikan gapi (Poecilia reticulata) dikaji di dalam makmal bagi menentukan respons yang spesifik terhadap pendedahan kepekatan air larut resap yang berbeza (1%, 3% dan 5%) bagi kedua-dua organisma. Perubahan perilaku organisma (pergerakan dan ventilasi) direkodkan dengan menggunakan Biomonitor Multispesies Air Tawar (MFB) selama 24 jam. Hasil yang diperoleh menunjukkan terdapat trend peningkatan respons pergerakan dan ventilasi yang jelas dengan peningkatan kepekatan pendedahan air larut resap bagi udang air tawar. Manakala respons yang ditunjukkan oleh ikan gapi adalah tidak begitu jelas walaupun terdapat trend pengurangan pergerakan dengan peningkatan kepekatan pendedahan air larut resap dan trend peningkatan ventilasi dengan peningkatan kepekatan pendedahan. Kajian ini menunjukkan M. lanchesteri memberikan respons yang lebih sensitif kepada air larut resap berbanding P. reticulata dan organisma ini lebih sesuai digunakan sebagai organisma penunjuk untuk MFB.