Sistem maklumat geografi (GIS) dan sektor kesihatan awam: kajian demam denggi di Bandar Baru Bangi dan Kajang

Sektor Kesihatan Awam dikenalpasti pada peringkat antarabangsa sebagai salah satu aplikasi baru dalam teknologi geografi. GIS dilihat sebagai memiliki keupayaan untuk memperbaiki kesihatan penduduk dan menyumbang kepada pembangunan polisi, pelaksanaan, dan kajian dalam kesihatan awam. Pertubuhan Kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shaharudin I,, Shamsul A.S.,, Tahir A,, Mariam M,, Azah D,, Nik Shamsidah N.I.,
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4414/1/1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4414/
http://www.communityhealthjournal.org/detailarticle.asp?id=318&issue=Vol8(S):2002
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sektor Kesihatan Awam dikenalpasti pada peringkat antarabangsa sebagai salah satu aplikasi baru dalam teknologi geografi. GIS dilihat sebagai memiliki keupayaan untuk memperbaiki kesihatan penduduk dan menyumbang kepada pembangunan polisi, pelaksanaan, dan kajian dalam kesihatan awam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa GIS adalah amat bernilai di dalam mengumpulkan (compilation) dan mempersembahkan data pada peringkat kebangsaan dan wilayah, terutamanya data alam sekitar dan data yang berkaitan dengan kesan penggunaan perkhidmatan kesihatan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) secara umumnya berperanan di dalam mengumpul, menyimpan, menganalisis, memanipulasi, dan memaparkan semula maklumat mengikut kehendak pengguna berdasarkan kepada tujuan dan objektif data dan maklumat itu dibentuk. Artikel ini adalah untuk melihat keupayaan GIS dalam Sektor Kesihatan Awam melalui kajian penyakit demam denggi di Bandar Baru Bangi dan Kajang. Analisis reruang (spatial) yang berkaitan dengan penyakit ini terutamanya dari sudut demografi dan persekitaran digunakan. Hasil analisis reruang ini mendapati bahawa tiada perbezaan taburan kes denggi antara tahun 1999 dan 2000, lokaliti denggi dapat dikenalpasti dengan tepat, hubungan antara satu kes dengan kes lain dapat divisualisasi dengan mudah dan penentuan kawasan berisiko tinggi untuk kes denggi bagi tujuan kawalan jangkamasa panjang dapat ditentukan.