Kemandirian industri eko-pelancongan: kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan

Kajian mengenai kemandirian (survival) industri eko-pelancongan kelip-kelip telah dijalankan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini tertumpu pada impak sosio-ekonomi yang diperolehi oleh pengusaha bot dan penduduk Kg. Kuantan serta kawasan sekitarnya. Sejumlah 30 pengusaha bot...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mokhtar Jaafar,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4248/1/8.2010-3-Mokhtar-melayu-1-1611-3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4248/
http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php?cont=a&item=2&thn=2010&vol=6&issue=3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai kemandirian (survival) industri eko-pelancongan kelip-kelip telah dijalankan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini tertumpu pada impak sosio-ekonomi yang diperolehi oleh pengusaha bot dan penduduk Kg. Kuantan serta kawasan sekitarnya. Sejumlah 30 pengusaha bot dan 80 responden terlibat dalam kajian ini. Hasilnya menunjukkan walaupun berlaku peningkatan pendapatan namun peningkatan tersebut adalah kecil, iaitu sekitar 3.5% sahaja. Meskipun begitu industri eko- pelancongan kelip-kelip di Kg. Kuantan dijangka akan terus mandiri memandangkan terdapat petunjuk yang membuktikan kelangsungannya. Petunjuk pertama bilangan pengunjung yang masih bertahan manakala petunjuk kedua adalah kewujudan dan kelangsungan habitat kelip-kelip itu sendiri. Di samping itu pelbagai usaha pihak tertentu seperti pihak MDKS yang berterusan mempromosikan Kg. Kuantan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa pasti akan menarik minat lebih ramai pelawat berkunjung ke sini. Kesimpulannya, peningkatan bilangan pengunjung dan habitat kelip-kelip yang masih ada sekarang menjamin status kemandirian industri eko-pelancongan ini di Kg. Kuantan.