Kecenderungan bertindak curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar ditinjau daripada faktor kesepian dan keperluan afiliasi
Perbuatan curang atau di Indonesia dikenali dengan “selingkuh”, baik dengan mahupun tanpa hubungan seks banyak terjadi dalam masyarakat semasa ini. Perbuatan curang dalam sebuah perkahwinan dapat dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor kesepian da...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4228/1/azima010.pdf http://journalarticle.ukm.my/4228/ http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/yohan010.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perbuatan curang atau di Indonesia dikenali dengan “selingkuh”, baik dengan mahupun tanpa hubungan seks banyak terjadi dalam masyarakat semasa ini. Perbuatan curang dalam sebuah perkahwinan dapat dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain mempengaruhi terjadinya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Kajian yang dijalankan ini adalah sebuah kajian soal selidik menggunakan borang selidik pada tahun 2009 di bandar Surabaya. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 responden. Teknik analisis data yang digunakan adalah distribusi frekuensi dan analisis regresi linear. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesan daripada faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berlaku curang pada Isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Hubungan yang terjadi antara faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berbuat curang tersebut bersifat positif, hal ini bermakna bahawa semakin kuat perasaan sunyi yang dirasakan seseorang, akan semakin kuat pula kecenderungan berbuat curang. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang positif antara perasaan kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain dengan kecenderungan berbuat curang (R=0,722). Walaupun kedua faktor memberi sumbangan yang signifikan kepada wujudnya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar, akan tetapi faktor perasaan sunyi memberi kesan yang lebih kuat dibandingkan dengan faktor keperluan menjalin hubungan rapat dengan orang lain. |
---|