Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia
Ulasan Buku/Book Review Semenjak krisis ekonomi melanda Asia Timur mulai pertengahan 1997, terdapat banyak tulisan yang berusaha menerangkan dan memahami kenapa dan bagaimana berlakunya krisis tersebut. Pelbagai pendekatan dan pandangan telah dikemukakan bertujuan mendapatkan satu gambaran yang l...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1999
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4187/ http://www.ukm.my/penerbit/jdem54-11.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-ukm.journal.4187 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Kebangsaan Malaysia |
building |
Perpustakaan Tun Sri Lanang Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Kebangsaan Malaysia |
content_source |
UKM Journal Article Repository |
url_provider |
http://journalarticle.ukm.my/ |
description |
Ulasan Buku/Book Review
Semenjak krisis ekonomi melanda Asia Timur mulai pertengahan 1997, terdapat banyak tulisan yang berusaha menerangkan dan memahami kenapa dan bagaimana berlakunya krisis tersebut. Pelbagai pendekatan dan pandangan telah dikemukakan bertujuan mendapatkan satu gambaran yang lebih jelas lagi menyeluruh mengenainya. Secara umum penulisan dan penerangan itu menampakkan dua pandangan yang bertentangan. Pada satu pihak terdapat pandangan yang mengatakan bahawa krisis yang melanda rantau Asia Timur kini merupakan ‘an Asian phenomena’ semata-mata. Paul Krugman, umpamanya, telah berhujah tentang ketidaklestarian pertumbuhan yang berlaku di rantau itu dan dengan itu, melihat krisis tersebut sebagai satu masalah Asia. Di pihak yang lain pula terdapat pandangan bahawa krisis itu sebenarnya merupakan krisis kapitalisme yang sekaligus bersifat global. Hakikat bahawa krisis ini berlaku juga di Rusia, Afrika Selatan dan Brazil setelah meletus di Asia menguatkan lagi pandangan ini dan menunjukkan bahawa masalah ini bukanlah unik bagi Asia Timur. Selain itu, terdapat juga perbincangan dan perdebatan tentang langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh masing-masing negara yang terlibat dalam usaha menangani krisis itu. Tigers in Trouble: Financial Governance, Liberalisation and Crises in East Asia, suntingan Jomo K.S. merupakan sebuah lagi buku yang pada asasnya mempunyai hasrat yang sedemikian. Secara umum keseluruhan buku ini mengambil pandangan yang kedua di atas dan berpendirian bahawa sebab asas berlakunya krisis itu ialah ketidaksempurnaan dan kegagalan governan kewangan antarabangsa. Buku ini memuatkan 11 bab hasil sumbangan 13 orang pakar daripada sekurang-kurangnya 10 buah negara. Kesemua mereka telah mengkaji di rantau ataupun mengenai rantau Asia Timur ini. Tumpuan utama buku ini ialah mengenai amalan liberalisasi dan governan di Asia Timur khasnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Buku ini menghuraikan secara kritis bagaimana liberalisasi kewangan yang agak keterlaluan, ditambah pula dengan kesan governan kewangan dan fiskal yang lebih merosakkan telah mengakibatkan berlakunya krisis tersebut. Buku ini juga telah meneliti sifat, dasar dan implikasi campurtangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selain membincang tentang cabaran-cabaran yang terpaksa diatasi kerajaan negara-negara yang terlibat dalam usaha mereka merumus serta melaksanakan dasar-dasar bertujuan menangani krisis itu. Setelah sekian lama rantau ini menikmati pertumbuhan dan pembangunan pesat di mana pengurusan kewangan agak teratur, pengembangan mata wang tidak berlebihan dan inflasi umumnya terkawal untuk sebahagian besar masa (hlm. 3), kita dapati kali ini bukan sahaja krisis yang melanda itu tidak dijangkakan, tetapi ketidakupayaan negara-negara berkenaan menangani krisis itu juga adalah di luar jangkaaan. Buku ini bermula dengan memberikan satu penerangan makro mengenai krisis itu dengan merujuk kepada situasi dan sumber yang terdapat di kedua-dua peringkat nasional dan antarabangsa. Bahagian ini juga memerihalkan tentang ketidaksempurnaan dan kegagalan governan kewangan antarabangsa selain menganalisis secara kritis dasar-dasar IMF. Dalam pengenalannya, Jomo K.S. telah meletakkan krisis dalam konteks global dengan mengambil kira sejarah pertumbuhan ekonomi Asia Timur dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya krisis yang dikatakan kurang dijangkakan itu. Faktor-faktor itu termasuk liberalisasi kewangan, governan dan masalah-masalah berkaitan mata wang yang dipancang (pegged currency), kredit mudah dan defisit akaun semasa. Beliau juga menyebut tentang cabaran-cabaran governan di kedua-dua peringkat antarabangsa dan nasional amnya dan cabaran-cabaran berkaitan dengan mereformasi dasar-dasar domestik yang terpaksa ditangani pemerintah negara-negara yang terlibat khasnya. Selain itu dibincangkan juga tentang implikasi campurtangan IMF, yang dianggap lebih bersifat contractionary in consequence, with little regard for the social and other adverse consequences of swallowing its medicine (hlm. 19). Yilmaz Akyüz dalam Bab 2 melihat krisis tersebut sebagai suatu yang bersifat global, yakni tidak terbatas kepada Asia Timur (hlm. 33). Sememangnya benar bahawa krisis ini merupakan krisis global sungguhpun asal cetusannya mungkin bersifat lokal. Hal ini kerana hasil proses globalisasi, kesan dan implikasi krisis ini dirasai seluruh dunia. Pada tahun-tahun 80-an dan 90-an negara-negara membangun di Asia Timur merupakan antara penentu utama (major players) dalam ekonomi antarabangsa. Lantaran itu, secara umumnya dunia telah sama-sama mengalami kesan krisis itu, dalam konteks kadar pertumbuhan yang lebih perlahan dan langkah-langkah yang diambil oleh badan-badan kewangan dunia dalam usaha mereka mengemaskini amalan governan kewangan antarabangsa. Selain meneliti secara kritis sifat krisis ekonomi ini dan tindak balas dasar yang dihasilkannya, beliau juga menonjolkan hakikat bahawa peraturan yang sedia ada hanya untuk menangani krisis, bukannya untuk mengelakkannya. Akyüz juga berpendapat bahawa peraturan-peraturan itu tidak memberikan perlindungan yang mencukupi dan berkesan kepada sesebuah negara daripada serangan ‘beggar thy neighbours’ (hlm. 43), yakni negara jiran menyulitkan jirannya. Jan Kregel pula (Bab 3) telah meneliti perkembangan di Asia Timur dalam konteks global. Dengan menggunakan perspektif sejarah beliau menghuraikan ciri-ciri, unsur dan antecedents yang telah menyebabkan berlakunya krisis itu. Pendekatan sejarah ini penting kerana ia membolehkan kita memahami dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku supaya langkah-langkah yang sesuai dapat diambil untuk mengatasinya. Bahagian kedua buku ini (khususnya Bab 6-10) memerihalkan situasi sebagaimana dialami oleh negara-negara Asia Timur, khususnya Thailand (Laurids Lauridsen), Indonesia (Manuel Montes), Malaysia (Jomo K.S.), Filipina (Joseph Lim) dan Korea Selatan (Chang Ha-Joon), iaitu negara-negara yang mengalami dengan teruk krisis tersebut. Dalam tulisan tentang negara-negara ini telah dikenal pasti punca, sumber dan keadaan-keadaan krisis itu. Bahagian ini juga membincang respons dan tindakan masing-masing kerajaan yang terlibat untuk membendung krisis itu. Sungguhpun dalam hal tertentu terdapat beberapa persamaan, seperti dari segi latar belakang dan punca berlakunya krisis itu, namun kesan yang berbeza akibat campur tangan dan langkah penyelesaian IMF menunjukkan bahawa penyelesaian masalah Asia Timur itu bukanlah seumpama ‘one-size-fits-all garment’(satu ubat untuk semua penyakit). Hal ini kerana pelbagai jenis pemerintahan di Asia Timur tidak memungkinkan satu generalisasi dibuat untuk keseluruhan rantau itu atau untuk menghasilkan satu penyelesaian umum untuk semua. Sememangnya buku ini merupakan sebuah lagi buku dalam himpunan yang memerihalkan tentang krisis ekonomi yang sedang melanda kini. Namun buku ini harus dibaca kerana ia berjaya memberikan satu gambaran yang holistik dengan analisis yang agak kritis mengenai masalah itu. Dengan mengambil kira keadaan di peringkat global dan nasional serta menggunakan perspektif sejarah, buku ini dapat memberikan satu gambaran yang agak seimbang. Lebih penting lagi, penerangan, analisis dan hujah yang dikemukakan di dalamnya mengenai peranan negara dan governan, dasar-dasar IMF dan kesesuaian model kapitalis pasaran bebas telah berjaya menunjukkan asas masalah yang dihadapi kini. Penerangan ini masih relevan pada hari ini, iaitu selepas dua tahun meletusnya krisis ekonomi. Bukan itu sahaja, penerangan ini juga melampaui rantau Asia Timur itu sendiri dan boleh dimanfaatkan untuk menghuraikan keadaan di negara-negara lain. |
format |
Article |
author |
Jomo, K.S. (ed). |
spellingShingle |
Jomo, K.S. (ed). Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
author_facet |
Jomo, K.S. (ed). |
author_sort |
Jomo, K.S. (ed). |
title |
Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
title_short |
Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
title_full |
Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
title_fullStr |
Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
title_full_unstemmed |
Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia |
title_sort |
tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in east asia |
publisher |
Universiti Kebangsaan Malaysia |
publishDate |
1999 |
url |
http://journalarticle.ukm.my/4187/ http://www.ukm.my/penerbit/jdem54-11.html |
_version_ |
1643735986014781440 |
spelling |
my-ukm.journal.41872012-05-23T07:03:13Z http://journalarticle.ukm.my/4187/ Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia Jomo, K.S. (ed). Ulasan Buku/Book Review Semenjak krisis ekonomi melanda Asia Timur mulai pertengahan 1997, terdapat banyak tulisan yang berusaha menerangkan dan memahami kenapa dan bagaimana berlakunya krisis tersebut. Pelbagai pendekatan dan pandangan telah dikemukakan bertujuan mendapatkan satu gambaran yang lebih jelas lagi menyeluruh mengenainya. Secara umum penulisan dan penerangan itu menampakkan dua pandangan yang bertentangan. Pada satu pihak terdapat pandangan yang mengatakan bahawa krisis yang melanda rantau Asia Timur kini merupakan ‘an Asian phenomena’ semata-mata. Paul Krugman, umpamanya, telah berhujah tentang ketidaklestarian pertumbuhan yang berlaku di rantau itu dan dengan itu, melihat krisis tersebut sebagai satu masalah Asia. Di pihak yang lain pula terdapat pandangan bahawa krisis itu sebenarnya merupakan krisis kapitalisme yang sekaligus bersifat global. Hakikat bahawa krisis ini berlaku juga di Rusia, Afrika Selatan dan Brazil setelah meletus di Asia menguatkan lagi pandangan ini dan menunjukkan bahawa masalah ini bukanlah unik bagi Asia Timur. Selain itu, terdapat juga perbincangan dan perdebatan tentang langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh masing-masing negara yang terlibat dalam usaha menangani krisis itu. Tigers in Trouble: Financial Governance, Liberalisation and Crises in East Asia, suntingan Jomo K.S. merupakan sebuah lagi buku yang pada asasnya mempunyai hasrat yang sedemikian. Secara umum keseluruhan buku ini mengambil pandangan yang kedua di atas dan berpendirian bahawa sebab asas berlakunya krisis itu ialah ketidaksempurnaan dan kegagalan governan kewangan antarabangsa. Buku ini memuatkan 11 bab hasil sumbangan 13 orang pakar daripada sekurang-kurangnya 10 buah negara. Kesemua mereka telah mengkaji di rantau ataupun mengenai rantau Asia Timur ini. Tumpuan utama buku ini ialah mengenai amalan liberalisasi dan governan di Asia Timur khasnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Buku ini menghuraikan secara kritis bagaimana liberalisasi kewangan yang agak keterlaluan, ditambah pula dengan kesan governan kewangan dan fiskal yang lebih merosakkan telah mengakibatkan berlakunya krisis tersebut. Buku ini juga telah meneliti sifat, dasar dan implikasi campurtangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selain membincang tentang cabaran-cabaran yang terpaksa diatasi kerajaan negara-negara yang terlibat dalam usaha mereka merumus serta melaksanakan dasar-dasar bertujuan menangani krisis itu. Setelah sekian lama rantau ini menikmati pertumbuhan dan pembangunan pesat di mana pengurusan kewangan agak teratur, pengembangan mata wang tidak berlebihan dan inflasi umumnya terkawal untuk sebahagian besar masa (hlm. 3), kita dapati kali ini bukan sahaja krisis yang melanda itu tidak dijangkakan, tetapi ketidakupayaan negara-negara berkenaan menangani krisis itu juga adalah di luar jangkaaan. Buku ini bermula dengan memberikan satu penerangan makro mengenai krisis itu dengan merujuk kepada situasi dan sumber yang terdapat di kedua-dua peringkat nasional dan antarabangsa. Bahagian ini juga memerihalkan tentang ketidaksempurnaan dan kegagalan governan kewangan antarabangsa selain menganalisis secara kritis dasar-dasar IMF. Dalam pengenalannya, Jomo K.S. telah meletakkan krisis dalam konteks global dengan mengambil kira sejarah pertumbuhan ekonomi Asia Timur dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya krisis yang dikatakan kurang dijangkakan itu. Faktor-faktor itu termasuk liberalisasi kewangan, governan dan masalah-masalah berkaitan mata wang yang dipancang (pegged currency), kredit mudah dan defisit akaun semasa. Beliau juga menyebut tentang cabaran-cabaran governan di kedua-dua peringkat antarabangsa dan nasional amnya dan cabaran-cabaran berkaitan dengan mereformasi dasar-dasar domestik yang terpaksa ditangani pemerintah negara-negara yang terlibat khasnya. Selain itu dibincangkan juga tentang implikasi campurtangan IMF, yang dianggap lebih bersifat contractionary in consequence, with little regard for the social and other adverse consequences of swallowing its medicine (hlm. 19). Yilmaz Akyüz dalam Bab 2 melihat krisis tersebut sebagai suatu yang bersifat global, yakni tidak terbatas kepada Asia Timur (hlm. 33). Sememangnya benar bahawa krisis ini merupakan krisis global sungguhpun asal cetusannya mungkin bersifat lokal. Hal ini kerana hasil proses globalisasi, kesan dan implikasi krisis ini dirasai seluruh dunia. Pada tahun-tahun 80-an dan 90-an negara-negara membangun di Asia Timur merupakan antara penentu utama (major players) dalam ekonomi antarabangsa. Lantaran itu, secara umumnya dunia telah sama-sama mengalami kesan krisis itu, dalam konteks kadar pertumbuhan yang lebih perlahan dan langkah-langkah yang diambil oleh badan-badan kewangan dunia dalam usaha mereka mengemaskini amalan governan kewangan antarabangsa. Selain meneliti secara kritis sifat krisis ekonomi ini dan tindak balas dasar yang dihasilkannya, beliau juga menonjolkan hakikat bahawa peraturan yang sedia ada hanya untuk menangani krisis, bukannya untuk mengelakkannya. Akyüz juga berpendapat bahawa peraturan-peraturan itu tidak memberikan perlindungan yang mencukupi dan berkesan kepada sesebuah negara daripada serangan ‘beggar thy neighbours’ (hlm. 43), yakni negara jiran menyulitkan jirannya. Jan Kregel pula (Bab 3) telah meneliti perkembangan di Asia Timur dalam konteks global. Dengan menggunakan perspektif sejarah beliau menghuraikan ciri-ciri, unsur dan antecedents yang telah menyebabkan berlakunya krisis itu. Pendekatan sejarah ini penting kerana ia membolehkan kita memahami dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku supaya langkah-langkah yang sesuai dapat diambil untuk mengatasinya. Bahagian kedua buku ini (khususnya Bab 6-10) memerihalkan situasi sebagaimana dialami oleh negara-negara Asia Timur, khususnya Thailand (Laurids Lauridsen), Indonesia (Manuel Montes), Malaysia (Jomo K.S.), Filipina (Joseph Lim) dan Korea Selatan (Chang Ha-Joon), iaitu negara-negara yang mengalami dengan teruk krisis tersebut. Dalam tulisan tentang negara-negara ini telah dikenal pasti punca, sumber dan keadaan-keadaan krisis itu. Bahagian ini juga membincang respons dan tindakan masing-masing kerajaan yang terlibat untuk membendung krisis itu. Sungguhpun dalam hal tertentu terdapat beberapa persamaan, seperti dari segi latar belakang dan punca berlakunya krisis itu, namun kesan yang berbeza akibat campur tangan dan langkah penyelesaian IMF menunjukkan bahawa penyelesaian masalah Asia Timur itu bukanlah seumpama ‘one-size-fits-all garment’(satu ubat untuk semua penyakit). Hal ini kerana pelbagai jenis pemerintahan di Asia Timur tidak memungkinkan satu generalisasi dibuat untuk keseluruhan rantau itu atau untuk menghasilkan satu penyelesaian umum untuk semua. Sememangnya buku ini merupakan sebuah lagi buku dalam himpunan yang memerihalkan tentang krisis ekonomi yang sedang melanda kini. Namun buku ini harus dibaca kerana ia berjaya memberikan satu gambaran yang holistik dengan analisis yang agak kritis mengenai masalah itu. Dengan mengambil kira keadaan di peringkat global dan nasional serta menggunakan perspektif sejarah, buku ini dapat memberikan satu gambaran yang agak seimbang. Lebih penting lagi, penerangan, analisis dan hujah yang dikemukakan di dalamnya mengenai peranan negara dan governan, dasar-dasar IMF dan kesesuaian model kapitalis pasaran bebas telah berjaya menunjukkan asas masalah yang dihadapi kini. Penerangan ini masih relevan pada hari ini, iaitu selepas dua tahun meletusnya krisis ekonomi. Bukan itu sahaja, penerangan ini juga melampaui rantau Asia Timur itu sendiri dan boleh dimanfaatkan untuk menghuraikan keadaan di negara-negara lain. Universiti Kebangsaan Malaysia 1999-01 Article PeerReviewed Jomo, K.S. (ed). (1999) Tigers in trouble: financial governance, liberalisation and crises in East Asia. AKADEMIKA, 54 . pp. 167-169. ISSN 0126-5008 http://www.ukm.my/penerbit/jdem54-11.html |
score |
13.211869 |