Penambahan gentian aramid (Twaron) dalam adunan NR/LLDPE dan ENR/LLDPE terhadap sifat mekanik komposit
Penyediaan adunan getah asli termoplastik dan getah asli terepoksida termoplastik yang diperkuat dengan gentian aramid telah dilakukan melalui proses adunan leburan. Gentian aramid yang digunakan adalah gentian pendek Twaron (Teijin-Twaron) yang dirawat dengan bahan pelekat epoksi dan resorcinolform...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2005
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3907/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2005/vol34num1_05page57-61.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyediaan adunan getah asli termoplastik dan getah asli terepoksida termoplastik yang diperkuat dengan gentian aramid telah dilakukan melalui proses adunan leburan. Gentian aramid yang digunakan adalah gentian pendek Twaron (Teijin-Twaron) yang dirawat dengan bahan pelekat epoksi dan resorcinolformaldehid latex (RFL). Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kesan penambahan gentian aramid telah meningkatkan tegasan maksima, modulus regangan, kekuatan hentaman dan kekerasan kedua-dua adunan tersebut tetapi menurunkan nilai terikan pada takat putus. Bagi adunan NR/LLDPE didapati komposisi gentian yang paling optima adalah pada 20%. Penambahan gentian aramid seterusnya hanya menurunkan sifat mekanik adunan. Sebaliknya bagi adunan ENR/LLDPE, didapati komposisi gentian melebihi 20% masih menunjukkan peningkatan tegasan maksima dan modulus regangan. Keputusan ini menunjukkan bahawa interaksi antaramuka gentian aramid dan matriks dalam adunan ENR/LLDPE lebih baik berbanding NR/LLDPE. |
---|