Pengembangan kaedah analisis bagi tiga jenis fitohormon secara kromatografi gas spektroskopi jisim
Satu kaedah penyediaan sampel dan analisis kualitatif yang pantas bagi fitohormon iaitu asid absisik (ABA), asid indol-3-asetik (IAA) dan asid 1-aminosiklopropana-l-karboksilik (ACC) dilaporkan. Ekstrak daripada tumbuhan Umbellifereae sp. dilakukan pengekstrakan fasa pepejal dengan menggunakan katr...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2004
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3883/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2004/vol33num2_04page21-34.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Satu kaedah penyediaan sampel dan analisis kualitatif yang pantas bagi fitohormon iaitu asid absisik (ABA), asid indol-3-asetik (IAA) dan asid 1-aminosiklopropana-l-karboksilik (ACC) dilaporkan. Ekstrak daripada tumbuhan Umbellifereae sp. dilakukan pengekstrakan fasa pepejal dengan menggunakan katrij C18 dan efluen yang dipungut ditindakbalaskan bagi membentuk terbitan pentafluorobenzil bagi campuran ABA, IAA dan ACC. Campuran terbitan tersebut dipisahkan dan dilakukan pengionan kimia ion negatif dengan menggunakan metana di dalam instrumen kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Spektrum jisim tiga hormon tersebut agak mudah dan oleh itu adalah sesuai bagi pemonitoran ion terpilih (S/M) pada kepekaan tinggi bersama dengan piawai dalaman masing-masing yang berlabel deuterium. Walau bagaimanapun, penentuan kuantitatif hanya dapat dilakukan untuk IAA menggunakan kaedah GC-MS melalui penisbahan luas puncak kromatogram S/M bagi m/z 179 dengan m/z 174. Ini membolehkan pembetulan kehilangan IAA endogen semasa pengekstrakan berbanding piawai dalaman tanpa perlu pensampelan yang teliti, kecuali semasa penambahan piawai dalaman. Had pengesanan bagi IAA melalui kaedah ini ialah 5 femtomol/g berat basah tumbuhan. |
---|