Kesan luahan kumbahan domestik ke atas sungai dan perairan pantai di Malaysia

Kajian ke atas luahan kumbahan domestik ke atas sistem sungai dan perairan pantai telah dilakukan di Kajang (Sg Jeluh dan Langat) dan di Pantai Negeri Sembilan (Port Dickson dan Pantai Tanjung Biru). Parameter kajian tertumpu kepada ciri-ciri utama kumbahan domestik seperti kandungan organik (permin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lee , Yook Heng, Zuriati Zakaria,, Zanal Mohd Zain,, Hazimin Harun,, Farrah Anis Fazliatul Adnan,, Suhaida Mohd Redzuan,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3880/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num1_2004/vol33num1_04page167-180.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ke atas luahan kumbahan domestik ke atas sistem sungai dan perairan pantai telah dilakukan di Kajang (Sg Jeluh dan Langat) dan di Pantai Negeri Sembilan (Port Dickson dan Pantai Tanjung Biru). Parameter kajian tertumpu kepada ciri-ciri utama kumbahan domestik seperti kandungan organik (permintaan oksigen biokimia, BOD dan paras nutrien (fosfat terlarut (PO4) dan nitrat (NO)). Perlepasan kumbahan domestik daripada kolam pengoksidaan di sekitar bandar Kajang telah menyebabkan paras BOD dan PO4 yang tinggi iaitu 1.9-5.1 dan 0.15-2.03 mg/L masing-masing. Peningkatan BOD berkorelasi (r=0.77) dengan penurunan paras oksigen terlarut (DO) dalam air sungai. Pada keseluruhannya kesan kumbahan domestik ke atas Sg. Jeluh dan Langat adalah lebih ketara berbanding dengan yang dialami oleh air marin di persisiran pantai.