Ketoksikan logam zink dan kadmium terhadap anabaena flos-aquae
Kajian pengambilan logam zink (Zn) dan kadmium (Cd) oleh alga biru-hijau Anabena flos-aquae dan ketoksikan logam-logam ini telah dilakukan secara pengkulturan statik berasingan. A. flos-aquae didedahkan kepada kepekatan Zn dan Cd yang berbeza-beza. Kadar pertumbuhan A. flos-aquae ditentukan dengan k...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2003
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3864/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/vol32_03page147-155.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian pengambilan logam zink (Zn) dan kadmium (Cd) oleh alga biru-hijau Anabena flos-aquae dan ketoksikan logam-logam ini telah dilakukan secara pengkulturan statik berasingan. A. flos-aquae didedahkan kepada kepekatan Zn dan Cd yang berbeza-beza. Kadar pertumbuhan A. flos-aquae ditentukan dengan kaedah spektrofotometri dan paras ketoksikan LD50 96 jam ditentukan melalui analisis Probit. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua logam ini oleh A flos-aquae mengikut corak yang serupa, iaitu apabila kepekatan logam meningkat, kuantiti logam diserap berkurangan. Walau bagaimanapun, pengambilan Zn oleh A. flos-aquae ialah tiga kali lebih tinggi berbanding Cd pada paras pendedahan 1.00 mg/L logam. lni menunjukkan Zn adalah lebih diperlukan oleh A. flos-aquae berbanding Cd. Pengambilan Cd yang rendah juga disebabkan oleh ketoksikan Cd yang lebih toksik. LD50 96 jam untuk Cd ialah 0.14 mg/L berbanding dengan LD50 96 jam Zn iaitu, 0.76 mg/L. |
---|