Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair dengan kaedah penghidroklorinan

Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair telah dijalankan melalui tindak balas penghidroklorinan dalam pelarut benzena dengan melalukan gas hidrogen klorida yang dihasilkan daripada tindak balas antara asid sulfurik pekat dan ammonium klorida. Hasil tindak balas merupakan pepejal lembut berwarna p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli Daik,, Mohd Norhisham Satiar,, Ibrahim Abdullah,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3822/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/vol31_02page57-63.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modifikasi kimia ke atas getah asli cecair telah dijalankan melalui tindak balas penghidroklorinan dalam pelarut benzena dengan melalukan gas hidrogen klorida yang dihasilkan daripada tindak balas antara asid sulfurik pekat dan ammonium klorida. Hasil tindak balas merupakan pepejal lembut berwarna perang pekat. Kehadiran klorin dalam sampel telah ditentukan menggunakan analisis unsur dan spektroskopi FTIR. Puncak pada 736 cm-1 dalam spektrum FTIR bagi sampel getah asli cecair terhidroklorin menunjukkan wujudnya ikatan C-CI. Analisis termogravimetri menunjukkan getah asli cecair terhidroklorin kurang stabil terhadap haba berbanding dengan getah asli cecair yang asal. Berdasarkan analisis unsur, penentuan nombor iodin, spektroskopi FTIR dan analisis termogravimetri, sampel dengan darjah penghidroklorinan sebesar 35 dan 62 % telah berjaya dihasilkan.