Jangkitan trypanosoma lewisi pada tikus liar
Sejumlah 23 ekor tikus liar Rattus rattus diardii yang diperolehi dari kawasan Bandaraya Kuala Lumpur telah digunakan bagi menentukan beberapa aspek jangkitan parasit Trypanosoma lewisi pada tikus ini. Caletan darah segar, caletan darah nipis terwarna dan teknik lapisan darah berbuih berkuantitatif...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1999
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3761/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol28_1999/vol28_99page1-8.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejumlah 23 ekor tikus liar Rattus rattus diardii yang diperolehi dari kawasan Bandaraya Kuala Lumpur telah digunakan bagi menentukan beberapa aspek jangkitan parasit Trypanosoma lewisi pada tikus ini. Caletan darah segar, caletan darah nipis terwarna dan teknik lapisan darah berbuih berkuantitatif (QBC) telah dilakukan untuk menentukan parasitemia dan prevalens jangkitan parasit. Serum tikus juga telah diperolehi bagi menentukan titer antibodi IgM dan IgG menggunakan teknik antibodi berpendar imun. Adalah didapati bahawa prevalens jangkitan parasit adalah 21.7% (5/23) dan parasitemia keseluruhan pada tikus yang terjangkit adalah rendah dan puncak parasitemia tidak melebihi lima peratus. Bilangan parasit berkurangan secara perlahan-perlahan dan parasit lenyap dari edaran darah pada minggu kelapan. Sepanjang tempoh jangkitan, peringkat-peringkat parasit berikut telah muncul dan dikenalpasti iaitu metasiklik tripomastigot awal yang diikuti dengan peringkat pra-pembahagian epimastigot, peringkat pembahagian belahan-dua tak sekata epimastigot, peringkat pembahagian belahan-berganda tak sekata epimastigot dan peringkat 'rosette', peringkat perantara dan diakhiri dengan peringkat dewasa. Semua tikus yang terjangkit dan beberapa yang lain yang tidak terjangkit mempunyai IgM dan IgG terhadap parasit ini. Apabila tikus-tikus ini diberikan jangkitan cabaran dengan parasit T. evansi yang lebih ganas, titer IgM dan IgG didapati meningkat tetapi walau bagaimanapun, peningkatan titer ini tidak menghalang kematian tikus. Didapati juga antiserum terhadap T. lewisi menunjukkan gerakbalas silang yang nyata terhadap antigen T. evansi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa corak jangkitan alamiah T. lewisi pada tikus liar R. rattus diardii adalah tidak patogenik namun begitu ia melibatkan gerakabalas keimunan yang membawa kepada pembentukan IgM dan IgG. Antibodi yang terbentuk terhadap T. lewisi adalah bersifat spesifik dan tidak dapat memberi perlindungan terhadap jangkitan T. evansi. |
---|