Prevalens goiter dan performans mental di kalangan Orang Asli di Sinderut, Pahang

Prevalens goiter dan performans mental telah ditentukan di kalangan penduduk Orang Asli di Sinderut; suatu kawasan pedalaman di Pahang. Seramai 196 subjek telah dipilih untuk kajian dengan julat umur dari 4 hingga 60 tahun. Status goiter telah ditentukan oleh pakar endokrinkologi menggunakan pengkel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaleha , M. I., Osman , A, Iskandar, Z. A., Zainuddin Mohd. Ali , M., Khalid , B. A. K.
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3693/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num2_1996/vol25num2_96page51-58.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Prevalens goiter dan performans mental telah ditentukan di kalangan penduduk Orang Asli di Sinderut; suatu kawasan pedalaman di Pahang. Seramai 196 subjek telah dipilih untuk kajian dengan julat umur dari 4 hingga 60 tahun. Status goiter telah ditentukan oleh pakar endokrinkologi menggunakan pengkelasan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia; manakala performans mental diukur menggunakan ujian Raven (Oxford Psychologists Press). Pengambilan spesimen darah juga dilakukan untuk ditentukan paras tiroksin (T4) dan hormon perangsang tiroid (TSH). Didapati prevalens goiter adalah 26.5% (521196); dengan prevalens goiter nyata 42.3% (22152). Min isipadu goiter keseluruhan adalah 21.4 ± 19.1 ml (julat : 3.0 - 90.8 ml), sementara prevalens performans mental bagi nilai persentil lebih daripada 5.0 adalah 26.5% (julat : 5.0 - 50.0). Min paras tiroksin adalah 75.4 ± 19.3 nmol/L (julat : 19.9 - 138.1 nmol/L) manakala min paras hormon perangsang tiroid adalah 4.9 ± 3.2 mU/L (julat : 0.4 18.9 mU/L). Tidak terdapat korelasi yang signifikans di antara paras hormon dan skor performans mental (Korelasi Pearson; T4 : r=-0.002, p=0.9736; TSH : r=0.10, p=0.1843), serta isipadu goiter dan skor performans mental (Korelasi Pearson; r=-0.02, p=0.8395). Prevalens goiter 20% menunjukkan kawasan ini mengalami endemia yang sederhana. Performans mental pula menunjukkan tahap pemikiran yang rendah di kalangan penduduk Orang Asli terutamanya di kawasan pedalaman.