Kecacatan biasa ruang tandas institusi pengajian tinggi: analisis keadaan bangunan menggunakan matriks CSP1
Fasiliti berasaskan tandas atau ruang tandas merupakan satu bentuk fasiliti asas yang sangat penting didalam sesebuah bangunan. Kepentingan fungsi serta kelebihan komponen dan kemudahan bangunan yang terdapat didalam ruang tandas bagi menyokong fungsinya merupakan perbezaan utama ruang tandas ber...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Penerbit UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3535/ http://pkukmweb.ukm.my/jsb/jbp/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fasiliti berasaskan tandas atau ruang tandas merupakan satu bentuk fasiliti asas yang
sangat penting didalam sesebuah bangunan. Kepentingan fungsi serta kelebihan
komponen dan kemudahan bangunan yang terdapat didalam ruang tandas bagi
menyokong fungsinya merupakan perbezaan utama ruang tandas berbanding ruang lain.
Keunikan ruang tandas dapat dilihat selepas sesuatu bangunan mula diduduki. Pada
peringkat ini, isu berkenaan penyenggaraan tandas mula timbul terutama melibatkan
bangunan awam termasuk bangunan institusi pengajian. Kadar penggunaan yang kerap
berikutan kehadiran pelawat dan jumlah kakitangan yang ramai seringkali mengakibatkan
kepincangan berlaku terhadap fungsi ruang tandas seterusnya tahap ketersediaan ruang
tandas seringkali dipertikaikan. Aspek kebersihan dan kefungsian merupakan matlamat
utama senggaraan ruang tandas. Dalam kitar hayat penyenggaraan, terdapat peringkat
kerja-kerja pemeriksaan bangunan yang diperlukan bagi memastikan status fizikal semasa
bangunan. Dalam konteks yang lebih luas, teori penilaian bangunan turut menekankan
aspek pemeriksaan bangunan berdasarkan tahap dan petunjuk prestasi yang bersesuaian.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti piawai penilaian bangunan sediada iaitu JKR,
ASTM, QLASSIC, CONQUAS, RICS dan SIRIM seterusnya membangunkan rangka-kerja
konsep penilaian prestasi bangunan. Pemeriksaan fizikal pula dilakukan bagi menganalisis
prestasi semasa ruang tandas di bangunan fakulti. Pemeriksaan keadaan telah dijalankan
terhadap 66 ruang ruang tandas di Fakulti 1, Fakulti 2 dana Fakulti 3 di Universiti
Kebangsaan Malaysia kampus Bangi, Selangor. Metodologi yang digunakan adalah
pemeriksaan visual berdasarkan alat pengukur keadaan bangunan Matriks CSP1. Hasil
analisis berdasarkan frekuensi kecacatan mendapati wujud hubung-kait serta faktor
kerosakan di antara komponen dan elemen didalam ruang tandas. |
---|