Migran dan akta pentadbiran kependudukan di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis migran dan aplikasi akta pentadbiran kependudukan di Bandar Makassar. Datanya adalah data primer dan sekunder yang digunakan dalam mengkaji dan menganalisis data migran secara deskriptif. Bandar Makassar sebagai ibukota provinsi Sulawesi Selatan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3521/1/10.geografia-jan%25202012-sukri%2520fuad%2520katiman-melayu%2520-%2520edited%2520final2.pdf http://journalarticle.ukm.my/3521/ http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis migran dan aplikasi akta pentadbiran kependudukan di Bandar
Makassar. Datanya adalah data primer dan sekunder yang digunakan dalam mengkaji dan menganalisis data migran
secara deskriptif. Bandar Makassar sebagai ibukota provinsi Sulawesi Selatan terletak di lokasi strategik dan
berfungsi sebagai pusat perhubungan antara wilayah barat ke timur mahupun dari wilayah utara ke selatan
Indonesia. Posisi ini menyebabkan Bandar Makassar mempunyai daya tarik yang cukup kuat bagi para migran, sama
ada dari wilayah Sulawesi Selatan mahupun dari wilayah lain di Indonesia. Jumlah penduduk Bandar Makassar pada
tahun 2000 ialah 1.1 juta orang dan 38.2 peratus daripada jumlah itu adalah migran. Angka ini meningkat jumlahnya
dengan nisbah migran pada tahun 2010 ialah 43.62 peratus. Namun, masalah yang dihadapi ialah sebahagian
daripada mereka tidak melaporkan diri kepada kerajaan tempatan untuk tinggal di Bandar Makassar seperti yang
dikehendaki oleh akta pentadbiran kependudukan. Perkara ini berlaku kerana migran tidah tahu dan tidak peduli
perkara ini. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak berkuasa Bandar Makassar perlu mengatur strategi dan
rancangan dalam mengsosialisasikan atau menyebar maklumat akta pentadbiran kependudukan kepada masyarakat
dan migran. |
---|