Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar berisiko

Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azura Ishak,, Zakaria Kasa,, Mohd Hasan Selamat,, Bahaman Abu Samah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3510/1/1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3510/
http://www.ukm.my/jitm/vol6_June_2009_79-89.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar. Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengan sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional.