Polisi maklumat: model, isu dan pengkelasan

Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti mendasari asas pembangunan polisi maklumat. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis isu tersebut sekali gus mengelompok ke dalam enam kategori yang dikenali sebagai maklumat teknikal dan saintifik, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial, makl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zawiyah Yusof .M,, Mokmin Basri,, Nor Azan Mat Zin,
Format: Article
Published: Penerbit UKM 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3497/
http://www.ukm.my/jitm/contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti mendasari asas pembangunan polisi maklumat. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis isu tersebut sekali gus mengelompok ke dalam enam kategori yang dikenali sebagai maklumat teknikal dan saintifik, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial, maklumat kerajaan dan ekonomi. Isu ini perlu di kelas bagi memudah analisis polisi maklumat sesebuah negara. Pengkelasan isu yang mendasari polisi maklumat adalah penting kerana bidang ini belum mencapai kematangan akademik. Tambahan pula, pengkelasan dapat membantu menentu fokus polisi maklumat. Analisis kandungan dokumen dalam bentuk sorotan susastera dalam bidang polisi maklumat merupakan teknik yang diguna bagi mengumpul data kualitatif untuk menganalisis isu yang mendasari pembangunan polisi maklumat. Penemuan mendapati pengelompokan polisi maklumat hanya berubah secara minimum sejak penyelidikan yang terawal. Perubahan tersebut terbatas kepada kepelbagaian isu yang dipadan dengan setiap kelompok. Beberapa model polisi maklumat dianalisis bagi mengenal pasti isu yang dirangkumi sebagai asas dalam pembangunan polisi maklumat