Kejutan monetari, lencongan pariti faedah tak terlindung dan akaun semasa: pengaruh peletakan harga antarabangsa (Monetary shock, uncovered interest parity deviation and current Account: the influence of international pricing)
Kajian ini membentangkan sebuah model keseimbangan umum yang mengkaji gelagat akaun semasa bawah pengaruh amalan peletakan harga antarabangsa. Kajian ini juga mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh kejutan Pariti Faedah Tak Terlindung (uncovered interest parity UIP) yang mana selama ini...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3485/1/jp33-01-lock.pdf http://journalarticle.ukm.my/3485/ http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membentangkan sebuah model keseimbangan umum yang mengkaji gelagat akaun semasa bawah pengaruh amalan peletakan harga antarabangsa. Kajian ini juga mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh kejutan Pariti Faedah Tak Terlindung (uncovered interest parity UIP) yang mana selama ini kebanyakan model
mengandaikan Pariti Faedah Tak Terlindung adalah benar. Kesan kejutan monetari dan kejutan UIP ke atas gelagat akaun semasa dalam persekitaran peletakan harga antarabangsa dikaji dengan memperluaskan model keseimbangan umum Obstfeld dan Rogoff (1995). Hasil analisis model mendapati impak kejutan monetari dan kejutan UIP ke atas akaun semasa dipengaruhi oleh amalan peletakan harga oleh pengeksport. Kajian juga mendapati bahawa darjah tindak balas akaun semasa bergantung kepada kekuatan keanjalan penggunaan intra-temporal dan inter-temporal serta keanjalan kadar faedah permintaan wang. Kekuatan impak kejutan UIP melalui kadar pertukaran sangat dipengaruhi oleh nilai keanjalan penggunaan dan kadar faedah. Sebaliknya kejutan UIP secara langsung tidak dipengaruhi oleh amalan peletakan harga ataupun nilai keanjalan penggunaan dan kadar faedah. Kajian ini memperluaskan penyelidikan bidang akaun semasa dengan menunjukkan kepentingan lencongan UIP, amalan peletakan harga antarabangsa dan kesensitifan pengguna terhadap penggunaan dan kadar faedah terhadap turun naik akaun semasa. Kajian ini juga mencadangkan kepada pembuat dasar agar memberi perhatian kepada pembolehubah tersebut dalam menggubal dasar ekonomi luar negara. |
---|