Transisi penting sistem berkerajaan di Alam Melayu: kes Malaysia

Terdapat tiga zaman penting atau garis waktu dalam perjalanan sejarah Alam Melayu, iaitu zaman prakolononial, kolonial dan pascakolonial. Ketiga-tiga zaman tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing yang telah mencorakkan kehidupan sosiopolitik Alam Melayu. Untuk memahami corak kehidupan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi Aziz ,, Mostafa Kamal Mokhtar,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2739/1/81%282%29Chap8-locked.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2739/
http://www.ukm.my/~penerbit/jademik.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat tiga zaman penting atau garis waktu dalam perjalanan sejarah Alam Melayu, iaitu zaman prakolononial, kolonial dan pascakolonial. Ketiga-tiga zaman tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing yang telah mencorakkan kehidupan sosiopolitik Alam Melayu. Untuk memahami corak kehidupan sosio-politik pada setiap zaman tersebut suatu alat analisis yang bersifat konseptual diperlukan. Makalah ini menggunakan alat analisis konseptual yang dikenali sebagai knowledge baseline untuk memahami apakah asas terjadinya pembentukan corak kehidupan sosiopolitik yang berbeza untuk setiap zaman yang telah dilalui oleh Alam Melayu. Knowledge baseline bermaksud jenis-jenis ilmu yang utama yang melatarbelakangi kehidupan sosiopolitik masyarakat pada suatu zaman tertentu. Sebagai contoh, kehidupan sosiopolitik Alam Melayu prakolonial dicorak oleh ilmu agama sebagai ilmu utama. Sistem berkerajaan pada zaman itu merupakan sistem berkerajaan yang bersepadu antara agama dan negara. Manakala pada zaman kolonial pula telah berlaku pemisahan antara agama dan negara. Pada waktu itu agama dipisahkan daripada negara yang sistem pentadbiran kerajaan dilaksanakan berdasarkan ilmu sains moden sekular. Latar belakang ilmu untuk pentadbiran kerajaan itu kemudiannya bertukar lagi pada zaman pascakolonial apabila bauran yang tidak sama rata berlaku antara sains moden sekular dan agama. Makalah ini menghuraikan perbezaan latar belakang ilmu-ilmu yang terdapat dalam garis waktu Alam Melayu pada zaman prakolonial, kolonial dan pascakolonial yang telah mewujudkan corak yang berbeza-beza dalam sistem berkerajaan tersebut dan yang memperlihatkan berlakunya transisi sistem yang penting dalam sistem berkerajaan di rantau Alam Melayu. Makalah ini memberikan tumpuan khusus kepada perjalanan sejarah sosiopolitik negara bangsa Malaysia sebagai kes perbincangan.