Pengesanan residu najis dan bulu dalam glikopeptida daripada produk sampingan sarang burung walit dan implikasnya terhadap status halal
Sarang Burung Walit (SBW) yang diperbuat daripada air liur burung spesies Aerodramus fuciphagus mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti melambatkan proses penuaan serta menguatkan sistem imun manusia. Bagi memaksimumkan penggunaan SBW, hasil sampingan SBW daripada pembersihan awal digunakan oleh...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24808/1/SMS%2015.pdf http://journalarticle.ukm.my/24808/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num10_2024/contentsVol53num10_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sarang Burung Walit (SBW) yang diperbuat daripada air liur burung spesies Aerodramus fuciphagus mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti melambatkan proses penuaan serta menguatkan sistem imun manusia. Bagi memaksimumkan penggunaan SBW, hasil sampingan SBW daripada pembersihan awal digunakan oleh pengilang dengan mengekstrak semula glikopeptida yang melekat pada hasil sampingan tersebut. Namun, status Halal glikopeptida yang dikumpul daripada hasil sampingan SBW telah dipersoalkan berhubung kemungkinan kehadiran najis dan bulu burung pada produk akhir yang dijadikan bahan makanan. Kajian ini mengesan kehadiran najis dan bulu dalam glikopeptida yang diekstrak daripada hasil sampingan SBW dengan menggunakan analisis Spektroskopi Fourier Transformasi Intramerah (FTIR) yang digabungkan dengan Analisis Komponen Utama (PCA) dan selanjutnya dianalisis menggunakan Resonans Magnet Nuklear (NMR). Selain itu, kajian ini juga mengupas mengenai hukum syariah berkaitan dengan burung Walit dan perbandingannya dengan burung layang-layang serta status halal penggunaan glikopeptida yang diperoleh semula daripada hasil sampingan SBW. Hasil daripada kajian ini menunjukkan, analisis FTIR yang digabungkan dengan analisis PCA, dapat mengesan dan membezakan kehadiran penanda (bulu dan najis) dalam sampel hasil sampingan SBW yang diekstrak melalui proses pembersihan yang berbeza. Keputusan analisis yang sama juga diperoleh melalui kaedah NMR. Mengikut hukum syariah, jika jumlah najis (bulu dan najis) adalah minima dan tidak kelihatan dengan mata kasar, konsep al-najasah al-ma‘fuww ‘anha li qillatiha ‘urfan (ia dimaafkan kerana kadar kecil mengikut uruf) boleh digunakan. Produk itu boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil Halal daripada pihak berkuasa Malaysia. |
---|