Penggunaan, cabaran, dan hala tuju Sistem Penuaian Hujan (Spah): satu penelitian awal
Perubahan iklim, perkembangan urbanisasi dan pertambahan penduduk antara faktor utama terjadinya penurunan tahap kualiti dan kuantiti bekalan sumber air dunia. Pelbagai langkah dan cara yang dilakukan bagi mengekang masalah dan isu ini termasuklah menambah baik Sistem Penuaian Hujan (SPAH) seiring p...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24678/1/%5B164-175%5D%2076849-267943-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/24678/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan iklim, perkembangan urbanisasi dan pertambahan penduduk antara faktor utama terjadinya penurunan tahap kualiti dan kuantiti bekalan sumber air dunia. Pelbagai langkah dan cara yang dilakukan bagi mengekang masalah dan isu ini termasuklah menambah baik Sistem Penuaian Hujan (SPAH) seiring peredaran masa. Kajian ini cuba menilai keberkesanan dan kesesuaian penggunaan Sistem Penuaian Hujan (SPAH) sebagai salah satu alternatif yang boleh digunakan dalam mengatasi kekurangan bekalan air dalam ruang lingkup Malaysia. Fungsi SPAH dari aspek penggunaan dalam jangka masa panjang serta dampaknya terhadap masyarakat juga alam sekitar turut akan dibincangkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan melalui kajian kepustakaan dan analisis kajian lepas. Secara umumnya, SPAH ini adalah model yang dibangunkan sebagai altenatif bagi menggantikan kebergantungan terhadap sumber bekalan air bersih apabila krisis bekalan air berlaku. Walaupun SPAH ini boleh diaplikasikan namun, dapat dilihat sistem ini hanya terhad kepada binaan pada skala yang kecil sahaja. Hasil analisis dan penelitian yang dijalankan, implikasi positif SPAH ini dalam skop Malaysia lebih jelas kesannya dalam sektor pertanian dan kegunaan air hujan ini untuk kegunaan luaran sahaja. Justeru itu, kajian yang lebih teliti dan mendalam terhadap SPAH ini dari semua aspek harus diteruskan bagi membolehkan sistem ini digunakan oleh setiap lapisan masyarakat mahupun diaplikasikan pada setiap bangunan supaya sumber air secara percuma ini tidak dibazirkan begitu sahaja. |
---|