Sintesis dan pencirian zarah silika berongga dalam aplikasi biosensor DNA
Pembangunan model biosensor DNA berasaskan zarah silika berongga sebagai tapak pemegunan DNA boleh digunakan di dalam aplikasi biosensor DNA. Zarah silika berongga berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbasan pelepasan medan (FESEM), kalorimeter imbas...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24645/1/SS%209.pdf http://journalarticle.ukm.my/24645/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num11_2024/contentsVol53num11_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan model biosensor DNA berasaskan zarah silika berongga sebagai tapak pemegunan DNA boleh digunakan di dalam aplikasi biosensor DNA. Zarah silika berongga berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbasan pelepasan medan (FESEM), kalorimeter imbasan pembeza (DSC), penganalisis saiz zarah dan pembelauan sinar-X (XRD). Isi padu rongga, luas permukaan khusus dan penyebaran saiz rongga diukur dengan menggunakan Micrometric ASAP 2020 melalui kaedah Brunauer-Emmett-Teller(BET)/Barret-Joyner-Halenda(BJH). Surfaktan Tween 20, Triton-X dan CTAB dengan suhu dan masa tindak balas yang berbeza digunakan dalam penghasilan zarah silika berongga. Berdasarkan analisis FESEM dan BET/BJH, zarah silika berongga yang disintesis dengan menggunakan surfaktan Tween 20 pada suhu 27 °C dan tindak balas dijalankan selama 8 hari mempunyai luas permukaan yang paling besar. Zarah silika berongga ini digunakan dalam pemegunan prob DNA E. coli dan didapati biosensor ini menunjukkan kebolehpilihan yang tinggi terhadap DNA sasaran E. coli. Ini disebabkan oleh zarah silika berongga mempunyai tapak pemegunan prob DNA yang tinggi dan kadar penghibridan juga meningkat. Kajian ini sangat penting dalam menghasilkan zarah silika berongga sebagai tapak pemegun DNA bagi biosensor DNA yang dibangunkan. |
---|