Kebangkitan Taliban 2.0 dan penguasaannya terhadap Afghanistan
Penguasaan Taliban 2.0 ke atas Afghanistan yang berlaku pada 2021 telah mendapat tumpuan seantero dunia disebabkan gerakan ini berjaya menawan semula tampuk pemerintahan selepas menguasai buat kali pertama pada tahun 1996-2001. Selepas era pertama itu, telah berlakunya pencerobohan Amerika Syarikat...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Kajian Rantau Asia Barat
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24609/1/JIWAS_3.pdf http://journalarticle.ukm.my/24609/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penguasaan Taliban 2.0 ke atas Afghanistan yang berlaku pada 2021 telah mendapat tumpuan seantero dunia disebabkan gerakan ini berjaya menawan semula tampuk pemerintahan selepas menguasai buat kali pertama pada tahun 1996-2001. Selepas era pertama itu, telah berlakunya pencerobohan Amerika Syarikat selama hampir 20 tahun di Afghanistan, sehingga Amerika Syarikat tiba-tiba mengisytiharkan untuk keluar dari Afghanistan pada tahun 2021. Geopolitik Afghanistan yang tidak pernah sunyi daripada peperangan menyebabkan negara ini sering berada dalam keadaan konflik yang berpanjangan. Kemunculan Taliban yang berjaya menguasai Afghanistan pada tahun 1996 telah membawa satu bentuk perubahan yang besar dalam negara sama ada aspek politik, ekonomi, social mahupun pendidikan sehingga menyebabkan pelbagai isu yang timbul dan memberi gambaran yang negatif. Kebangkitan Taliban 2.0 juga dilihat dunia sebagai mimpi buruk yang kali kedua bagi masa depan Afghanistan. Kajian ini membincangkan mengenai sejarah gerakan Taliban 2.0 dan penguasaannya ke atas Afghanistan. Selain itu, kajian ini juga menyentuh isu-isu yang timbul dan polisi yang ditetapkan dibawah pemerintahan Taliban 2.0. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Dari aspek pengumpulan data, ia menggunakan kaedah dokumentasi dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis teks dan kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat pihak yang berasa tidak yakin dengan pemerintahan Taliban kali kedua ini. Namun, pihak Taliban meneruskan usaha pentadbiran negara dan mengganggapnya sebagai satu hasil kejayaan apabila dapat menyebabkan Amerika Syarikat tidak lagi menjajah negara mereka secara langsung. |
---|