Konsep tasawuf menurut Martin Lings
Golongan orientalis Barat seringkali menggambarkan tasawuf Islam dengan gambaran yang salah. Antaranya mereka menyatakan bahawa sumber ilmu tasawuf diambil daripada agama lain selain Islam dan tasawuf mengandungi unsur-unsur kesatuan manusia dengan Tuhan. Perkara ini merupakan cabaran yang besar kep...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24562/1/JIWAS_12.pdf http://journalarticle.ukm.my/24562/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Golongan orientalis Barat seringkali menggambarkan tasawuf Islam dengan gambaran yang salah. Antaranya mereka menyatakan bahawa sumber ilmu tasawuf diambil daripada agama lain selain Islam dan tasawuf mengandungi unsur-unsur kesatuan manusia dengan Tuhan. Perkara ini merupakan cabaran yang besar kepada aliran arus perdana umat Islam pada masa kini iaitu Ahli Sunah Waljamaah. Hal ini kerana dakwaan sedemikian masih diteruskan oleh mereka dan seharusnya ia perlu ditangani dengan sewajarnya. Namun begitu, tidak semua orientalis Barat membahas tasawuf dalam skop yang salah, masih ada segelintir daripada mereka membincangkannya dalam situasi yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh Martin Lings. Justeru, kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji Martin Lings dengan melengkapkan biografinya, pendidikan, karyanya dalam bidang tasawuf dan juga mengkaji pemikirannya mengenai tasawuf. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu menganalisis buku-buku dan artikel berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa Martin Lings merupakan tokoh hebat dalam tasawuf dan seharusnya, beliau dan pemikirannya perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam agar ia dapat dimanfaatkan dengan baik. |
---|