Abu al-Qasim al-Zahrawi: ketokohan dalam bidang farmakologi
Abu al-Qasim Khalaf bin ‘Abbas al-Zahrawi atau lebih dikenali sebagai al-Zahrawi merupakan seorang tokoh pembedahan yang ulung dari al-Andalus. Beliau terkenal dengan sumbangan yang besar dalam dunia pembedahan melalui magnum opus beliau yang berjudul Kitab al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif, iai...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24559/1/JIWAS_10.pdf http://journalarticle.ukm.my/24559/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1619 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abu al-Qasim Khalaf bin ‘Abbas al-Zahrawi atau lebih dikenali sebagai al-Zahrawi merupakan seorang tokoh pembedahan yang ulung dari al-Andalus. Beliau terkenal dengan sumbangan yang besar dalam dunia pembedahan melalui magnum opus beliau yang berjudul Kitab al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif, iaitu karya ulung yang memuatkan segenap cabang ilmu perubatan. Keunggulan al-Zahrawi dalam membukukan ilmu pembedahan secara terperinci dan meluas dalam kitab ini telah menyebabkan nama beliau tersohor dalam dunia pembedahan sehingga digelar ‘Bapa Pembedahan Moden’. Daripada 30 makalah yang terkandung di dalam Kitab al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif, makalah 30 membincangkan topik pembedahan manakala sebahagian besar maklumat dalam kitab ini pelbagai cabang ilmu perubatan menyentuh tentang farmasi dan farmakologi. Walau bagaimanapun, tidak banyak penulisan mengenai sumbangan al-Zahrawi terkait dengan farmakologi, terutama dalam bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sumbangan al-Zahrawi dalam bidang farmakologi dalam Kitab al-Tasrif li Man ‘Ajiza ‘an al-Ta’lif. Kajian kualitatif ini dijalankan menerusi kaedah kepustakaan dan analisa sejarah. Hasil analisa mendapati al- Zahrawi memuatkan sebahagian besar ilmu perubatan dalam kitab ini terkait maklumat farmakologi. Bidang farmakologi yang dibincangkan oleh al-Zahrawi merangkumi teknik persediaan ubat-ubatan farmaseutikal, bentuk sediaan farmaseutikal, peralatan farmaseutikal, operasi persediaan, bentuk-bentuk ubat dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses persediaan ubat-ubatan. Kajian ini juga turut meninjau sumbangan beliau terhadap penulisan dalam bidang ini meliputi maklumat farmakologi yang dirintis oleh beliau sendiri seperti yang didakwa oleh para pengkaji sejarah. |
---|