Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia
Sejak berabad-abad lamanya sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu, terutamanya dalam urusan perdagangan. Bahasa ini kemudian menjadi bahasa kebangsaan Malaya dan Malaysia sejak abad ke-20. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Mal...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24466/1/CL%203.pdf http://journalarticle.ukm.my/24466/ https://www.ukm.my/cli/2023-5-cli/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak berabad-abad lamanya sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu, terutamanya dalam urusan perdagangan. Bahasa ini kemudian menjadi bahasa kebangsaan Malaya dan Malaysia sejak abad ke-20. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia, kedudukannya sebagai bahasa mahkamah memerlukan perbincangan yang lebih mendalam kerana kerana sistem perundangan Malaysia yang bersifat dwibahasa. Hal ini bermakna bahawa selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang cukup penting di dalam Mahkamah di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan bahasa Melayu di dalam Mahkamah menurut statut yang relevan. Kedudukan bahasa yang digunakan sebagai bahasa mahkamah di bidang kuasa common law yang lain juga akan diteliti dan dibandingkan dengan Malaysia. Akhirnya, artikel ini akan menganalisis kepentingan penggunaan bahasa Melayu di dalam Mahkamah di Malaysia, cabaran yang dihadapi serta cadangan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang. |
---|