Kajian histeresis feroelektrik dan pengutuban dinamik bagi seramik (Ba1-x Cax )(Zr0.025Ti 0.975)O3 dengan penggantian kecil Ca
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggantian kecil Ca terhadap sifat feroelektrik seramik (Ba1-x Cax ) (Zr0.025Ti 0.975)O3 (BCZT). Seramik BCZT disediakan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dan disinter pada suhu 1350 °C selama 2 jam. Analisis XRD menunjukkan semua seram...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24372/1/SL%2022.pdf http://journalarticle.ukm.my/24372/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggantian kecil Ca terhadap sifat feroelektrik seramik (Ba1-x Cax ) (Zr0.025Ti 0.975)O3 (BCZT). Seramik BCZT disediakan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dan disinter pada suhu 1350 °C selama 2 jam. Analisis XRD menunjukkan semua seramik BCZT mempunyai fasa tunggal yang stabil dengan struktur hablur tetragon. Walaupun seramik Ba(Zr0.025Ti 0.975)O3 (BZT) tulen (x = 0.000) menunjukkan ketumpatan tertinggi iaitu 98.0%, saiz butiran yang paling besar diperoleh bagi seramik BCZT dengan komposisi x = 0.025. Seramik BCZT dengan penggantian Ca yang terendah menunjukkan sifat piezoelektrik dan feroelektrik yang lebih baik berbanding seramik dengan kandungan Ca yang lebih tinggi. Ujian medan elektrik berulang menunjukkan kestabilan dinamik serta sifat kebangkitan bagi seramik BCZT dengan x = 0.025 dan 0.050. |
---|