Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih

Kemasukan Vibrio melalui air balast boleh meningkatkan populasi Vibrio sedia ada di perairan tempatan, justeru meningkatkan risiko jangkitan Vibrio pada manusia dan haiwan marin. Selain itu, ia boleh mengganggu ekosistem marin tempatan melalui persaingan spesies asli dan mengubah komuniti mikrob. Wa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurathirah Mat Nasir,, Nik Nuraznida Nik Ibrahim,, Fathul Karim Sahrani,, Asmat Ahmad,, Fareed Sairi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24349/1/SL%2011.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24349/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.24349
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.243492024-10-11T04:07:13Z http://journalarticle.ukm.my/24349/ Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih Nurathirah Mat Nasir, Nik Nuraznida Nik Ibrahim, Fathul Karim Sahrani, Asmat Ahmad, Fareed Sairi, Kemasukan Vibrio melalui air balast boleh meningkatkan populasi Vibrio sedia ada di perairan tempatan, justeru meningkatkan risiko jangkitan Vibrio pada manusia dan haiwan marin. Selain itu, ia boleh mengganggu ekosistem marin tempatan melalui persaingan spesies asli dan mengubah komuniti mikrob. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan risiko pelepasan spesies patogen bawaan air balast khususnya Vibrio spp. di Malaysia masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menciri dan mengenal pasti spesies Vibrio berpotensi patogen dari air balast daripada kapal-kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pengenalpastian awal Vibrio daripada sampel air balast dilakukan berdasarkan ujian pewarnaan Gram, oksidase, katalase, fermentasi glukosa, motiliti dan kerentanan terhadap agen vibrio statik O129. Selain itu, pencirian faktor terkait dengan kevirulenan seperti hemolisis, protease, lipase, pembentukan biolapisan serta ujian kerintangan antibiotik juga dilakukan. Pencilan Vibrio yang menunjukkan ciri kevirulenan kemudiannya dikenal pasti berdasarkan agar kromogenik dan penjujukan gen 16S rRNA. Hasilnya, sebanyak 154 pencilan Vibrio telah disaring dan 24 daripadanya menunjukkan tindak balas positif terhadap kesemua faktor kevirulenan yang diuji serta mempunyai nilai indeks Antibiotik Pelbagai Rintang (MAR) > 0.2. Pencirian gen 16S rRNA telah mengenal pasti kesemua 24 Vibrio spp. sebagai V. alginolyticus (n=16), V. fluvialis (n=7) dan V. harveyi (n=1). Kesimpulannya, kehadiran spesies Vibrio berpotensi patogen daripada air balast jelas menunjukkan bahawa kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas berisiko memindah masuk spesies berpotensi patogen daripada perairan luar ke dalam perairan tempatan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/24349/1/SL%2011.pdf Nurathirah Mat Nasir, and Nik Nuraznida Nik Ibrahim, and Fathul Karim Sahrani, and Asmat Ahmad, and Fareed Sairi, (2024) Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1859-1872. ISSN 0126-6039 https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Kemasukan Vibrio melalui air balast boleh meningkatkan populasi Vibrio sedia ada di perairan tempatan, justeru meningkatkan risiko jangkitan Vibrio pada manusia dan haiwan marin. Selain itu, ia boleh mengganggu ekosistem marin tempatan melalui persaingan spesies asli dan mengubah komuniti mikrob. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan risiko pelepasan spesies patogen bawaan air balast khususnya Vibrio spp. di Malaysia masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menciri dan mengenal pasti spesies Vibrio berpotensi patogen dari air balast daripada kapal-kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pengenalpastian awal Vibrio daripada sampel air balast dilakukan berdasarkan ujian pewarnaan Gram, oksidase, katalase, fermentasi glukosa, motiliti dan kerentanan terhadap agen vibrio statik O129. Selain itu, pencirian faktor terkait dengan kevirulenan seperti hemolisis, protease, lipase, pembentukan biolapisan serta ujian kerintangan antibiotik juga dilakukan. Pencilan Vibrio yang menunjukkan ciri kevirulenan kemudiannya dikenal pasti berdasarkan agar kromogenik dan penjujukan gen 16S rRNA. Hasilnya, sebanyak 154 pencilan Vibrio telah disaring dan 24 daripadanya menunjukkan tindak balas positif terhadap kesemua faktor kevirulenan yang diuji serta mempunyai nilai indeks Antibiotik Pelbagai Rintang (MAR) > 0.2. Pencirian gen 16S rRNA telah mengenal pasti kesemua 24 Vibrio spp. sebagai V. alginolyticus (n=16), V. fluvialis (n=7) dan V. harveyi (n=1). Kesimpulannya, kehadiran spesies Vibrio berpotensi patogen daripada air balast jelas menunjukkan bahawa kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas berisiko memindah masuk spesies berpotensi patogen daripada perairan luar ke dalam perairan tempatan.
format Article
author Nurathirah Mat Nasir,
Nik Nuraznida Nik Ibrahim,
Fathul Karim Sahrani,
Asmat Ahmad,
Fareed Sairi,
spellingShingle Nurathirah Mat Nasir,
Nik Nuraznida Nik Ibrahim,
Fathul Karim Sahrani,
Asmat Ahmad,
Fareed Sairi,
Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
author_facet Nurathirah Mat Nasir,
Nik Nuraznida Nik Ibrahim,
Fathul Karim Sahrani,
Asmat Ahmad,
Fareed Sairi,
author_sort Nurathirah Mat Nasir,
title Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
title_short Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
title_full Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
title_fullStr Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
title_full_unstemmed Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih
title_sort pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di pelabuhan malaysia terpilih
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2024
url http://journalarticle.ukm.my/24349/1/SL%2011.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24349/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html
_version_ 1814049130123624448
score 13.211869