Rawatan plasma nitrogen suhu bilik untuk peningkatan fungsi penyembuhan pembalut luka
Pembalut luka kain kasa digunakan dalam pengurusan luka didapati tidak mampu mengekalkan persekitaran yang optimum untuk penyembuhan luka. Untuk mengatasi isu ini, rawatan plasma nitrogen tanpa terma telah dikenakan ke atas pembalut luka kain kasa menggunakan sistem pemendapan wap kimia secara penin...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24341/1/SL%207.pdf http://journalarticle.ukm.my/24341/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_2024/contentsVol53num8_2024.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembalut luka kain kasa digunakan dalam pengurusan luka didapati tidak mampu mengekalkan persekitaran yang optimum untuk penyembuhan luka. Untuk mengatasi isu ini, rawatan plasma nitrogen tanpa terma telah dikenakan ke atas pembalut luka kain kasa menggunakan sistem pemendapan wap kimia secara peningkatan plasma berfrekuensi radio (RF-PECVD). Penyelidikan ini mengkaji kesan kuasa frekuensi radio (RF) yang berbeza (50, 60, 70, 80 dan 90 W) semasa rawatan plasma untuk mengenal pasti kuasa RF yang optimum dalam meningkatkan fungsi kain kasa sebagai pembalut luka yang ditentukan oleh sifat permukaan fabrik tersebut. Mikroskop elektron pengimbasan pancaran medan (FESEM) dan spektroskopi transformasi Fourier inframerah (FTIR) masing-masing telah digunakan untuk mengkaji morfologi dan ikatan kimia sampel tanpa rawatan dan sampel dengan rawatan plasma nitrogen. Imej daripada FESEM menunjukkan struktur gentian kain beralur dengan rekahan mikro pada semua permukaan sampel yang dirawat. Rekahan mikro yang paling ketara diperhatikan pada sampel yang dirawat dengan kuasa RF 50 W, 60 W dan 70 W. Spektrum FTIR menunjukkan terdapat peningkatan keamatan kumpulan berfungsi O-H dan C-O untuk sampel dengan rawatan plasma berbanding tanpa rawatan. Sampel yang dirawat dengan RF 70 W mempunyai kumpulan berfungsi C-N dan N-H dengan keamatan tertinggi. Kumpulan berfungsi tersebut berupaya menyumbang kepada peningkatan potensi kelekatan sel, kebolehbasahan dan biokeserasian fabrik. Kajian ini menunjukkan bahawa kesan kuasa RF semasa rawatan plasma nitrogen mampu mengubah suai sifat permukaan kain kasa seterusnya berpotensi meningkatkan fungsi fabrik tersebut sebagai pembalut luka. |
---|