Pola sikap dan sokongan pengundi muda (Undi-18) terhadap integriti calon dan parti dalam Pilihanraya Umum 15 (PRU15)

Artikel ini meneliti pola sikap dan sokongan pengundi muda kali pertama (undi-18) terhadap integriti calon dan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Objektif utama artikel ini adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan terhadap undi-18 dan kesanggupan keluar meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Hairi Omar,, Arena Che Kasim,, Jamiah Manap,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24338/1/518_532%20764782555251PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24338/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini meneliti pola sikap dan sokongan pengundi muda kali pertama (undi-18) terhadap integriti calon dan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Objektif utama artikel ini adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan terhadap undi-18 dan kesanggupan keluar mengundi; mengenalpasti pola sikap pengundi berteraskan nilai-nilai integriti calon dan parti; memahami pola sikap berteraskan realiti politik semasa; dan menilai pandangan terhadap integriti gabungan parti-parti yang bertanding dalam PRU15. Data kajian diperolehi menerusi tinjauan soal selidik rawak kelompok yang dijalankan secara atas talian melibatkan lebih 40 kumpulan belia di seluruh negara sebelum PRU15 berlangsung. Berdasarkan analisis terhadap 370 sampel kajian, dapatan menunjukkan lebih 80% mempunyai pandangan positif (setuju dan sangat setuju) dengan keputusan kerajaan meluluskan dasar Undi-18 dan menganggap ia adalah keputusan yang tepat. Kesanggupan keluar mengundi responden pula amat tinggi iaitu sekitar 86.7-88.6%. Majoriti responden (68-97%) menunjukkan pola sikap politik yang mengidamkan ciri-ciri pemimpin dan parti politik yang berintegriti tinggi. Namun, majoriti sedar tidak semua calon dan parti politik adalah berintegriti tinggi dan akan membuat pilihan yang terbaik semasa memilih. Dapatan juga menunjukkan majoriti pengundi kali pertama mempunyai sikap politik partisan dan cenderung untuk memberi undi kepada parti yang telah ditetapkan sejak awal. Penilaian terhadap integriti gabungan parti-parti politik pula menunjukkan gabungan PN dinilai paling berintegriti, diikuti PH, GTA dan BN. Artikel merumuskan bahawa pengundi kali pertama menginginkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab. Mereka juga sentiasa memerhati dan menganalisis perkembangan politik tanah air serta mempunyai penilaian tersendiri terhadap calon-calon dan parti yang bertanding dalam PRU15.