Pengaruh diet pemakanan dan gaya hidup sihat terhadap prestasi pembelajaran mahasiswa UTHM Pagoh

Gaya hidup sihat dengan menormalkan diet pemakanan seimbang memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal dan kecerdasan minda seseorang. Tabiat makan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan prestasi akademik terutamanya mahasiswa. Namun begitu, prestasi pembelajaran mahasiswa di universiti terlihat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arwansyah Kirin,, Edriagus Saputra,, Ramdan Baba,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24135/1/PP_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24135/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-27-number-2-june-2024/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya hidup sihat dengan menormalkan diet pemakanan seimbang memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal dan kecerdasan minda seseorang. Tabiat makan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan prestasi akademik terutamanya mahasiswa. Namun begitu, prestasi pembelajaran mahasiswa di universiti terlihat menurun disebabkan oleh aspek pemakanan yang tidak seimbang serta rehat yang tidak mencukupi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekerapan diet dan gaya hidup sihat yang diamalkan oleh mahasiswa UTHM Pagoh serta menganalisis kesannya terhadap prestasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen penelitian. Responden dalam kajian ini adalah mahasiswa UTHM pagoh dan sampel sebanyak 112 responden telah diambil menggunakan teknik persampelan non-probability. Analisis data dilakukan dengan menggunakan uji regresi linear berganda dan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kekerapan diet pemakanan mahasiswa UTHM Pagoh adalah sekali-sekala dengan nilai purata (3.37) dan pengamalan gaya hidup sihat dengan nilai purata (3.27). Amalan gaya hidup sihat mempunyai hubungan yang kuat dengan prestasi akademik mahasiswa dengan nilai signifikan 0.17 < 0,05 dan nilai t hitung 2.421 > t table 1.981, manakala diet pemakanan tidak terdapat hubungan yang serius dengan nilai signifikan 0.310 > 0,05 dan nilai t hitung -1.019 < t table 1.981. Walau bagaimanapun kedua-dua amalan menunjukkan hubungan yang kuat dengan prestasi mahasiswa dengan nilai signifikan 0.04 < 0,05 dan nilai f hitung 3.300 < f table 3.080 dengan pengaruh sebesar 57,0%.