Pendekatan dakwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada saudara baru di Kelantan
Dakwah kepada saudara baru di Kelantan berkembang baik di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Peranan dan jasa al-Marhum dalam membantu, menyokong dan mengukuhkan dakwah kepada saudara baru dapat dilihat dengan perkembangan pesat dakwah di Kelantan. Dalam metodologi dakwah, terdapat ti...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24099/1/Al%20Hikmah_16_1_5.pdf http://journalarticle.ukm.my/24099/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/34 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dakwah kepada saudara baru di Kelantan berkembang baik di bawah pentadbiran
Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Peranan dan jasa al-Marhum dalam membantu,
menyokong dan mengukuhkan dakwah kepada saudara baru dapat dilihat dengan
perkembangan pesat dakwah di Kelantan. Dalam metodologi dakwah, terdapat tiga
pendekatan utama iaitu al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujādalah. Oleh yang
demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan al-marhum menerusi tiga
metodologi ini kepada saudara baru di Kelantan. Kajian ini berbentuk kualitatif
dengan reka bentuk kajian kes melalui temu bual separa berstruktur kepada 5 orang
informan di Kelantan. Kajian ini menggunakan pensampelan bola salji (snow ball
sampling) dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian disusun berdasarkan
thematic untuk mengenal pasti tema-tema yang terbentuk hasil daripada temu bual
yang dilakukan. Hasil kajian mendapati, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah
memanifestasi pendekatan dakwah kepada tiga kaedah utama iaitu pendekatan
dakwah al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujādalah. Di samping itu, kajian ini
memberi sumbangan ilmu kepada Majlis-Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK),
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Malaysian Chinese Muslim
Association (MACMA Kelantan), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM
Kelantan) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP Kelantan) serta badan
badan NGO Islam yang terlibat dengan dakwah Islamiah di Malaysia. |
---|