Laporan Woodhead dalam memperkasakan pendidikan di Sarawak

Salah satu laporan pendidikan untuk memajukan sistem pendidikan di Sarawak adalah Laporan Woodhead 1955. Laporan ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh Woodhead pada akhir tahun 1954. Dapatan daripada laporan ini menunjukkan terdapatnya kelemahan-kelemahan dalam pembangunan pendidikan di Saraw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Kamal Ariffin,, Mardiana Nordin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24081/1/179-198%2075632-248608-3-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24081/
https://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah satu laporan pendidikan untuk memajukan sistem pendidikan di Sarawak adalah Laporan Woodhead 1955. Laporan ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh Woodhead pada akhir tahun 1954. Dapatan daripada laporan ini menunjukkan terdapatnya kelemahan-kelemahan dalam pembangunan pendidikan di Sarawak. Artikel ini meneliti Laporan Woodhead dalam membangunkan pendidikan di Sarawak. Selain itu, turut dibincangkan kesan laporan tersebut terhadap pendidikan di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dalam mendapatkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer utama yang akan diteliti merupakan Laporan Woodhead. Selain itu, sumber yang lain turut digunakan adalah seperti laporan jabatan pendidikan, laporan tahunan Sarawak dan Sarawak Gazette. Berdasarkan analisis pada Laporan Woodhead, laporan tersebut menyentuh beberapa aspek seperti kurikulum sekolah, peruntukan kewangan, infrastruktur pendidikan dan tenaga guru. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa laporan ini telah memberi beberapa cadangan penambahbaikan pendidikan di Sarawak. Woodhead berpendapat bahawa kerajaan pusat mesti bertanggungjawab dalam pembangunan dan pemeliharaan piawaian semua bentuk pendidikan melalui Jabatan Pendidikan. Namun agensi pengurusan sekolah akan bertanggungjawab terhadap hal pengurusan sekolah. Selain itu, Woodhead turut melihat perlunya peruntukan perbelanjaan yang seimbang dilaksanakan bagi memastikan pembangunan pendidikan dapat dilakukan dengan baik. Cadangan tersebut termasuklah perlunya geran perbelanjaan pengurusan sekolah berulang dan geran modal untuk pembangunan pendidikan di Sarawak. Setiap sekolah di Sarawak boleh membuat permohonan bagi mendapatkan geran tersebut. Melalui pelaksanaan geran, sekolah-sekolah bagi golongan Bumiputera di kawasan luar bandar menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Melalui Laporan Woodhead, kerajaan British mengambil berat cadangan yang dikemukakan dalam menambahbaik pendidikan di Sarawak. Malah masyarakat di Sarawak turut menerima pendidikan yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka.