Pemecah kepada ketidaktelusan pengurusan organisasi: meneroka akauntabiliti NGO kemanusiaan di Malaysia

Walaupun NGO diperakui sebagai aktor yang berjaya memartabatkan nilai kehidupan manusia, namun para sarjana menyatakan terdapat isu penting disebaliknya perlu diberi tumpuan iaitu transparensi terhadap akauntabiliti organisasi. Kajian ini bertujuan untuk merungkai bentuk tingkah laku yang menyumbang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Atika Shafinaz Nazri,, Syaima’ Adznan,, Kartini Aboo Talib@Khalid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24064/1/413-434%2069091-228684-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24064/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun NGO diperakui sebagai aktor yang berjaya memartabatkan nilai kehidupan manusia, namun para sarjana menyatakan terdapat isu penting disebaliknya perlu diberi tumpuan iaitu transparensi terhadap akauntabiliti organisasi. Kajian ini bertujuan untuk merungkai bentuk tingkah laku yang menyumbang kepada pemecah ketidaktelusan pengurusan akauntabiliti NGO kemanusiaan. Berbentuk pendekatan kualitatif dengan menemu bual informan yang terlibat secara langsung dalam kerja NGO, kajian telah dapat menjawab bahawa tingkah laku yang menjadi tendensi kepada ketidak-transparensi dalam NGO adalah melibatkan ketidaktelusan dalam pengurusan kewangan, tidak melaporkan laporan kewangan dalam kalangan pekerja organisasi dan kepada orang luar, terakhir, keraguan peratusan wang sumbangan yang diambil organisasi. Secara tidak langsung, dapatan tiga sifat ini dapat memberi pendedahan kepada NGO supaya menjauhinya bagi menjaga kredibiliti akauntabiliti. Kajian ini percaya bahawa kejayaan sesebuah bantuan kemanusiaan adalah bergantung kepada tadbir urus yang baik. Informasi yang dikongsi NGO mengenai nilai sumbangan, kos perbelanjaan, projek dan impak yang dicapai adalah bertujuan memaparkan produktiviti seiring dalam menarik lebih ramai penyumbang untuk memberi sumbangan.