Penglibatan generasi pertama dan generasi keempat Keluarga Koh dalam perniagaan candu dan arak di Pulau Pinang, 1786-1910
Makalah ini memfokuskan tentang penglibatan generasi pertama dan keempat keluarga Koh dalam perniagaan candu dan arak di Pulau Pinang pada tempoh 1786 hingga 1910. Objektif utama makalah ini adalah untuk menyelurusi akar umbi kepada penguasaan keluarga Koh di Pulau Pinang dalam perniagaan candu dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23978/1/7-Tan%2BSoon%2BChin%2B%26%2BAdnan%2BJusoh%2B%282%29%2087-106.pdf http://journalarticle.ukm.my/23978/ https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini memfokuskan tentang penglibatan generasi pertama dan keempat keluarga Koh dalam perniagaan candu dan arak di Pulau Pinang pada tempoh 1786 hingga 1910. Objektif utama makalah ini adalah untuk menyelurusi akar umbi kepada penguasaan keluarga Koh di Pulau Pinang dalam perniagaan candu dan arak. Selain itu, keupayaan keluarga Koh di Pulau Pinang mempertahankan pernigaan candu dan arak telah membolehkan keluarga mereka menerokai sektor perniagaan baharu yang lain pula terus menjadi tanda tanya. Penulisan ini direalisasikan menerusi penelitian terhadap rekod dan beberapa dokumen yang terdapat di Arkib Negara, Arkib Negeri Pulau Pinang, India Office Records di London, National Library Singapore, Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI, Perpustakaan Hamzah Sendut, USM dan Perpustakaan Universiti Malaya. Hasil kajian mendapati perniagaan candu dan arak telah diusahakan oleh generasi pertama keluarga Koh di Pulau Pinang. Perniagaan ini kemudiannya diwarisi oleh Koh Seang Tat iaitu generasi keempat keluarga Koh. Secara umumnya, faktor seperti hubungan dengan pemerintah dan sokongan kepada pihak British sangat dominan, namun faktor lain seperti pengecualian cukai dan pemberian hak pajakan oleh British juga penting dalam mengupayakan keluarga Koh di Pulau Pinang melibatkan diri serta mempertahankan perniagaan candu dan arak. Kejayaan mereka juga dapat dikaitkan dengan faktor modal dan potensi ekonomi setempat. Namun demikian, tidak dinafikan keluarga Koh turut menghadapi beberapa cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan candu dan arak. Akhirnya, keluarga Koh memilih untuk mengembangkan perniagaan candu dan arak di Taiwan sebagai langkah untuk mempertahankan perniagaan keluarga. Tambahan pula, kebijaksanaan yang dimiliki dan semangat tidak putus asa juga menjadi faktor yang penting dalam menentukan kejayaan generasi pertama dan generasi keempat keluarga Koh di Pulau Pinang dalam perniagaan candu dan arak. |
---|