Analisis novel ‘Perempuan Politikus Melayu’ Karya Faisal Tehrani dalam pembentukan pemikiran politik
Novel merupakan antara salah satu ejen komunikasi politik yang digunakan untuk menyampaikan doktrin yang mampu mengubah persepsi khalayak. Lantaran itu, novel yang dikenali sebagai sastera moden ini mempunyai kaitan rapat dengan sub-bidang politik dalam mengetengahkan pola pemikirannya. Justeru, pen...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23900/1/WM%2010.pdf http://journalarticle.ukm.my/23900/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/35 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Novel merupakan antara salah satu ejen komunikasi politik yang digunakan untuk menyampaikan doktrin yang mampu mengubah persepsi khalayak. Lantaran itu, novel yang dikenali sebagai sastera moden ini mempunyai kaitan rapat dengan sub-bidang politik dalam mengetengahkan pola pemikirannya. Justeru, penulisan sastera tidak lompong malahan ia mempunyai pandangan, ideologi serta visi dan misi yang cuba diterapkan. Oleh yang demikian, Novel Perempuan Politikus Melayu karya Faisal Tehrani merupakan antara karya terbaik dalam memotretkan citra pemikiran politik. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan meneliti bentuk pemikiran yang cuba diterapkan oleh Faisal Tehrani dalam menganalisis aspek politik melalui konsep realisme sosial. Menerusi konsep ini, kritikan sosial yang dibina adalah selari dengan keadaan politik yang berlaku ketika penghasilan novel ini digarap. Kaedah penyelidikan kualitatif deskriptif digunakan dalam menilai pemikiran politik yang cuba diterapkan oleh Faisal Tehrani. Metodologi kajian ini berfokuskan kepada analisis teks serta kritikan politik yang terdapat dalam Novel Perempuan Politikus Melayu. Selain itu, kaedah temu bual turut digunakan bagi menguatkan dapatan kajian. Hasil perbincangan mendapati bahawa setiap karya sastera khususnya penulisan novel mempunyai identiti penulisan yang tersendiri dalam mengetengahkan corak pemikiran penulis secara tidak langsung. Penelitian terhadap Novel Perempuan Politikus Melayu menunjukkan gaya penulisan yang bersifat kritikal dan agresif dalam mengkritik ahli politik yang melakukan korupsi, menindas rakyat dan tidak amanah. Tambahan pula, penciptaan watak yang bersifat sarkastik, protes dan menentang secara tidak langsung melihatkan bahawa pengarang cuba membina plot penceritaan yang menentang pemimpin yang tidak telus dan kapitalisme. Ringkasnya, hasil penelitian mendapati pengarang menggunakan permasalahan politik dalam wacana karya novelnya. |
---|