Reformasi ejaan jawi untuk literasi dan revitalisasi jawi : satu kertas konsep
Seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan, tulisan Jawi adalah tulisan alternatif bagi bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penutur bahasa Melayu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk membaca tulisan Jawi dengan lancar. Namun demikian, hanya sebahagian kecil penutur bahasa Melayu ya...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23862/1/Gema%20Online_24_2_7.pdf http://journalarticle.ukm.my/23862/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1711 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Seperti yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan, tulisan Jawi adalah tulisan alternatif bagi
bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penutur bahasa Melayu sepatutnya tidak mempunyai
masalah untuk membaca tulisan Jawi dengan lancar. Namun demikian, hanya sebahagian kecil
penutur bahasa Melayu yang boleh membaca tulisan Jawi; malah, penutur bahasa Melayu yang
boleh membaca al-Qur’an dengan lancar juga tidak mampu membaca tulisan Jawi dengan baik.
Kajian lepas menunjukkan banyak bahasa di dunia ini telah dan sedang melalui reformasi ke atas
sistem ejaan mereka, antaranya untuk meningkatkan kadar literasi dalam kalangan penutur bahasa
tersebut serta untuk tujuan revitalisasi. Sehubungan itu, artikel ini mencadangkan langkah-langkah
yang perlu diambil bagi mereformasikan tulisan Jawi yang sedia ada. Ini dimulakan dengan
menjalankan kajian saintifik bagi menyokong kajian-kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa
sistem ejaan Jawi semasa adalah kompleks, sehingga menyebabkan semakin ramai penutur bahasa
Melayu sukar untuk membacanya. Antara pendekatan saintifik yang dicadangkan adalah dengan
menggabungkan penggunaan perisian pemprosesan bahasa berasaskan psikologi dengan Alat
Pengesan Gerak Mata (APGM) yang boleh menganalisis proses membaca secara kuantitatif
melalui masa tindak balas dan tempoh membaca, bilangan tumpuan (‘fixation count’), tempoh
tumpuan (‘fixation duration’), dan bilangan kunjungan (‘visit count’). Langkah ini kemudiannya
boleh disokong dengan analisis kualitatif ke atas pola tumpuan (‘gaze plot’) dan peta haba (‘heat
maps’), serta data dalam bentuk perbualan dari temu duga retrospektif. Sekiranya data dari analisis
kuantitatif dan kualitatif ini menyokong kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa sistem
ejaan Jawi semasa adalah kompleks dan sukar dibaca, reformasi ke atas ejaan Jawi boleh
dicadangkan berdasarkan pendekatan reformasi-reformasi yang pernah diambil oleh, bukan sahaja
bahasa-bahasa lain di dunia ini, malah, menggunakan pendekatan yang pernah berlaku dalam
tulisan Jawi sendiri. Reformasi ejaan ke atas mana-mana bahasa di dunia ini sebenarnya adalah
satu proses yang sentiasa berlaku, dan proses ini merupakan sesuatu yang perlu dilakukan ke atas
tulisan Jawi bukan sahaja untuk meningkatkan literasi, malah untuk melestarikan sistem tulisan
Jawi sebagai satu proses revitalisasi. |
---|