Confident Building Measures (CBM) sebagai pemudahcara komunikasi dalam rundingan GBC Malindo
Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah kerangka kerjasama khususnya melalui perundingan antara dua negara. GBC Malindo, yang telah ditubuhkan sejak tahun 1972 melalui SA72/84, merupakan satu platfom perundingan utama di antara Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23835/1/komunikasi_11.pdf http://journalarticle.ukm.my/23835/ https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1644 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah kerangka kerjasama khususnya melalui perundingan antara dua negara. GBC Malindo, yang telah ditubuhkan sejak tahun 1972 melalui SA72/84, merupakan satu platfom perundingan utama di antara Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengurusan keselamatan sempadan. Walau bagaimanapun, wujud cabaran dalam proses perundingan di antara kedua-dua pihak. Antaranya adalah berkaitan masalah komunikasi tidak lancar yang memberikan kesan kepada keberkesanan GBC Malindo. Komunikasi yang tidak lancar ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah isu trust deficit, persepsi ancaman yang berbeza, jurang kemampuan dan keupayaan negara serta masalah penyelarasan antara agensi. Oleh itu, kajian ini akan meneroka permasalahan ataupun cabaran dalam komunikasi yang berlaku semasa rundingan GBC Malindo melalui beberapa kajian kes yang dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah Kualitatif, yang mana data premier diperolehi melalui analisis dokumen berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti di bawah GBC Malindo serta temu bual berstruktur melibatkan beberapa responden dari kedua-dua negara. Fokus kajian adalah merungkai bagaimana masalah komunikasi dalam perundingan ini masih mampu membolehkan GBC Malindo terus kekal sebagai platfom utama perbincangan dan dapat menyelesaikan isu-isu yang diketengahkan. Hasil analisis mendapati bahawa masalah komunikasi yang wujud dalam rundingan GBC Malindo dapat diselesaikan dengan pendekatan Confident Building Measure (CBM) khususnya melalui hubungan rapat antara pemimpin GBC Malindo kedua-dua negara. Melalui CBM, masalah berkaitan komunikasi yang menyebabkan isu-isu keselamatan tidak dapat diselesaikan telah berjaya ditangani. |
---|